Saturday, July 21, 2018

BELAJAQ BAHASA KEDAH KAIH....!!!!

đź’“ASSALAMUALAIKUMđź’“




Bahasa Kedah juga mempunyai beberapa cara sebutan yang unik.
Contohnya huruf R yang di awal atau di tengah perkataan akan dibunyikan sebagai (Gh) iaitu yang sama dengan bunyi Ghain dalam Bahasa Arab.
Contohnya RAMBUT akan jadi GHAMBUT atau KARAT akan jadi KAGHAT.
Kalau R tu di hujung perkataan dia akan ditukar jadi G. Misalnya TUKAR akan berubah menjadi TUKAG.
Kalau IR atau ER di hujung perkataan pula, akan diTUKAG jadi IAG. Misalnya GILIR akan jadi GILIAG, BERLETER akan jadi BERLETIAG. Itu pasainya AIR jadi AYIAG.

Untuk huruf S yang berada di hujung sesuatu perkataan ia akan di ubah kepada IH....seperti ATAS akan jadi  ATAIH.
(Tapi ada jugak orang KL nak buat lawak, Pejabat Pos dikatanya Pejabat POIH. Tak la extreme sampai macam tu. Orang Kedah pun ada maruah......kami pi mengaji jugak sikit2. Bukannya peghak buih!)

Manakala huruf L yang kat hujung akan diubah kepada huruf I.....misalnya BANTAL akan jadi BANTAI.

Itulah beberapa keunikan sebutan orang2 Kedah. 
Dalam list yang kat bawah ni, kalau hangpa nampak ada huruf GH, maknanya kat situ asalnya huruf R, begitulah juga dengan IH (S) dan I (L).

Ada juga perkataan-perkataan yang dipinjam dari Bahasa Inggeris dan disesuaikan dengan percakapan orang Kedah. Di bawah sekali ada contoh perkataan-perkataan tersebut.

A
  • Aci; maknanya patut. Tapi jarang digunakan dengan sendirinya. Selalunya disebut Tak Aci, maknanya tak patut.
  • Acum; lebihkurang maknanya menceritakan hal2 yg tak elok pasai orang lain, tapi bukannya fitnah/ umpat ke, sebab yang mengacum ni selalunya budak2. So lebih tepat dalam Bahasa Inggeris ialah snitched.
  • Awat maknanya MENGAPA?, ataupun KENAPA or APASAL?
  • Ayag acag = air buangan dari dapur yang bergenang di atas tanah.




B
  • Bagi; dalam bahasa baku ini kata sendi. Tapi dalam bahasa bapaku (ie Bahasa Utara), bagi ni maknanya BERI.
  • Bakiag maknanya basi, tapi secara khususnya kepada susu bayi.
  • Bakop; mata bengkak sampai tertutup penglihatan macam boxers after the big fight
  • Balog Liat; penyegan nak mampoih....ie orang pemalas hard core
  • Balon; kalau hang balog liag hang akan kena balon selalu, ie PUKUL dengan menggunakan tangan. Selalunya balon dengan tali pinggang, atau rotan dll. Kalau kena sepak (ie dengan kaki) tak dipanggil kena balon.
  • Bangap; atau Bengap.....maknanya tak berapa cerdik....simpleton gitu.
  • Bangsa ni bukannya races.....tapi dalam Bahasa Kedah maknanya JENIS. Kalau ayah hang pi pekan dan bawak balik beberapa bangsa buah2an, maknanya adalah durian, manggis, cempedak dll.
  • Bantai, yang ni ada dua makna, katakerja ialah KENA PUKUL, kata nama ialah BANTAL lah.
  • Banyak akai = Bahasa bakunya BANYAK AKAL. Tapi tidak bermakna bijak. Ia bermakna meragam. Dimaksudkan kepada kanak-kanak yang suka meragam dan tidak pasti apa yag dia nak. Misalnya kalau mak bapak bawak pi kedai, budak yang banyak akai ni akan meminta membeli mainan itu, mainan ini, dan akhirnya bila dah dibeli, tak main pun.
  • Bapak ghandok = KAMBING JANTAN yang dah dewasa dan bertandok. Dan yang selalu menggatal mengorat betina
  • Beban (bukan bĂ©ban iaitu sesuatu yang dipikul) bermakna seseorang yang buat dĂ©k saja, tak nak dengar cakap. Kalau orang suruh hang buat something, dan selalunya hang buat liat nak respon, depa kata hang ni BEBAN lah. Seorang yang BEBAN akan menjadi bĂ©ban kepada keluarga dia.
  • BĂ©cambah = dalam kuantiti yang banyak. Kalau orang tu kaya, dia ada duit becambah.
  • BĂ©cĂ©ghau = berpeluh sakan....atau kata oghang putih drenched in sweat
  • BĂ©dai = pukul dengan rotan/ atau lidi atau apa2 saja alat yang halus dan panjang.
  • Bedak-bedak = MEMBAHAGI-BAHAGI kan
  • BĂ©danog = state of uncleanliness. Kalau hang pi buat kerja dalam bendang, lepas tu selut penuh di seluruh badan, atau hang kerja di workshop repair motor, lepas tu habis diselaputi minyak, orang kata hang Bedanog lah. Kalau selut dekat betis saja, orang kata BELUTIN.
  • BĂ©dĂ©dam = bersusun-susun atau rapat-rapat. Kalau kereta bededam maksudnya banyak kereta sampai traffic jam. Kalau anak bededam maksudnya rapat-rapat, selang setahun beranak sorang. 
  • BĂ©dĂ©-eh = bersusah payah nak menamatkan sesuatu kerja (ie struggling). Misalnya lori pasir slow saja nak memanjat bukit sebab berat....kita kata "Lori tu bĂ©dĂ©-eh nak ghabat bukit."
  • BĂ©gĂ©nuak = penuh sampai terlebih.
  • BĂ©ghadon = berbuat/menyediakan sesuatu dengan sebanyak mungkin sampai hampir2 membazir. Misalnya kalau orang nak mai rumah, orang yang Beghadon ni akan menyediakan makanan 7-8 jenis, lapik meja dengan kain baru, dll. Dia tak cukup buat lauk sambal ikan kering saja.
  •  BĂ©ghalah atau bahasa bakunya Beralah = yang ni bukannya mengalah, tapi minta diri. Kalau kawan tu kata "Saya bĂ©ghalah dulu na." Maksudnya dia nak balik rumah la, atau dia nak pi tempat lain.
  • BĂ©ghambog = yang ni perkataan baku...berhamburan.
  • BĂ©ghĂ©mba = berkonvoi. Kalau kecil2 dulu, kami suka kayuh gerek pi pekan beghemba.
  • BĂ©ghĂ©toh = actually tersentuh, tetapi dalam bahasa Kedah bermakna lebih sikit iaitu berlanggar. Misalnya lori kayu beghetoh dengan bas sekolah.
  • BĂ©jabu = lari/ kayuh basikal/ pederas motosikal/ kereta dengan laju. Contohnya, "Dia tengok lembu tu ligan dia, dia lari bejabu."
  • BĂ©kĂ©lun = Berkepul-kepul (asap)
  • BĂ©lagak = Action...orang Cina cakap Langsi....maksudnya ada syikit syombong.
  • BĂ©lĂ©moih = Kotor (soiled/stained in English). Selalunya kalau orang yang kerja workshop tu belemoih dengan minyak, grease dll. Tapi paling tepat ialah kalau orang dulu2 dok masak di dapur, penuh arang muka dan pakaian, orang kata dia belemoihlah.
  • BĂ©lĂ©ngaih = Melekit dalam bahasa baku. Kalau kita dok tengah panas, kemudian berpeloh, kita rasa belengaih lah.
  • BĂ©lenja = Drooling i.e. Kalau ayag liog meleleh kot tepi mulut, orang kata dia belenja. Applied pada budak2 kecik...baby selalunya.
  • BĂ©lutin; kotor....tapi specifically kaki yang berselut sampai ke paras lutut (pasai baru balik dari bendang).
  • BĂ©ndang = sawah padi
  • Bengkeang ni pĂ©ghoghoih....i.e.; short-tempered laaa. Pemarah gitu.
  • BĂ©sag Gajah Tok Mia...humungous...monstrous. Gajah Tok Mia ni tak tau mai mana...tapi spesi gajah yang paling besar sekalilah kot.
  • Beseag = kencing kerap
  • BĂ©sĂ©leghat = berbagai arah, contohnya akag pokok bĂ©sĂ©leghat. Bersimpang siur. Bahasa baku berselirat juga kot.
  • BĂ©tubuh = gempal (bukan gemok)
  • Bidaih = aku tak tau nak describe camna. Kasi contohlah senang. Kalau hang pegang ranting pokok, then hang lepas ranting tu, ranting tu akan bidaih, pianggg! dan kena muka sapa2 yang dok tepi tu. Dalam bahasa baku, bidas kot. Contohnya seperti : Membidas tohmahan.
  • Bijik GhĂ©mia = sejenis buah berwarna ungu.
  • Bincut = Bukan Buncit tapi maknanya Benjol
  • Bog = selalu disebut tahan bog iaitu meninggalkan joran semalaman di bendang.
  • Boroi = perut buncit.
  • Botoi = kalau hang pandai gelicik bola, hang  memang pandai botoi. Amnya, botoi ni trick lah. Kalau hang kena botoi, hang kena dribbled lah.
  • Bubug sora = Bubur Asyura
  • Bujang = janda atau balu, bukannya tak kawin lagi.

C
  • Camca = Sudu
  • Camog/ CĂ©ghamok = Berkecamuk dalam Bahasa Baku, tapi dalam bahasa kedah hanya dimaksudkan kepada keadaan rumah atau bilik yang bersepah/ tak teratur.
  • Canggah mai = Berusaha datang
  • Capik = Tempang. Kata orang tua-tua, "Ayam tu beghetoh dengan lori tadi. Tu yang dok capik tu,.."
  • Capoi = Orang yang suka mencarut dikatakan bermulut capoi.
  • CĂ©ghin = tegak
  • Cikai maknanya barang murah atau tak dak kualiti.  Guna sat saja dah rosak.
  • CĂ©kau ni maknanya mengambil secara mencengkam. Misalnya ....dia cekau beras/ kacang dll. Yg lebih tepat dalam bahasa omputih ialah GRAB. Misalnya kalau hang nak tangkap pencuri hang cekau (grab) baju dia.
  • CĂ©kog = pucat lesi.
  • CĂ©lapak = senang dalam Bahasa Inggeris = to confront.
  • CĂ©log = merendam sekejap dalam air panas.
  • CĂ©luih = muat
  • Ceme = mata sepet atau ceme utk benda yg dapat free..Contoh ayat : tadi aku p makan kt kedai tu, dpt ayaq ceme.. (dapat ayaq free)
  • CĂ©mĂ©ghkap = kata lawan bagi cekap. Maksudnya buat kerja banyak salah.
  • CĂ©mpĂ©gha. Cheq suka perkataan ni. Ia bermaksud, 1) dalam keadaan tidak teratur atau 2) bertempiaran. Jadi secara amnya all over the place.
  • CĂ©mpong = gendong. Ada peribahasa , yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran.
  • CĂ©muih. Biasa aku dengar ni disebut oleh Ustaz Shamsuri dalam Bahrul Mazi. Ejaan jawinya cemus, tapi orang Kedah sebut cemuihlah. Maknanya JEMU.
  • CĂ©ngei = garang
  • Cengkoi = tak lurus. Bengkok lah. Kalau kata capik pun boleh jugak.
  • CĂ©pĂ©ruih = bergegas
  • Cepoi-cepoi = berjalang dengan gaya tempang
  • CĂ©roi = cair.
  • Cheq = saya. Digunakan sebagai gantinama pertama mesra oleh seseorang yang ada pertalian seperti anak dengan emak, isteri dengan suaminya, anak sedara dgn mak sedaranya yang dekat dll. Kalau hang sorang lelaki pi sebut chek kat orang yang tak kenal rapat bila sembang, depa kata hang ni pondan lah, kalau pompuan guna pada orang yang tak kenal,  depa kata hang gatai lah.
  • Coq kodok = jemput2 pisang
  • Ceghok bukan corak, tapi menyimbah air.
  • Cogheang = comot. Kalau buat kuih zaman dulu, muka cogheang dgn arang.
  • Colek = bukan kidnap, tapi mengambil sedikit dengan hujung jari. Selalunya orang colek sikit adunan dan rasa dulu sebelum masak.
  • Cunggit = terangkat seperti papan cunggit (see-saw). Juga bermaksud, bergegas pergi ke sesuatu tempat. Kalau orang kata "Dia dengar-dengar saja rumah dia terbakag, dia cunggit pi dan-dan tu jugak!", maksudnya setelah mendengar berita rumah dia terbakar, dia terus balik tanpa berlengah lagi.

D
  • Daghai = pondan
  • Dahagi = samseng kepala batu
  • Daih = menggunakan kaki untuk menjatuhkan lawan, selalunya masa main bola.
  • Dan = sempat, Tak dan = tak sempat
  • Dangau = pondok, especially di tengah bendang.
  • DĂ©bik = tumbuk
  • DĂ©ghaih = laju (untuk semua keadaan). Bakunya DERAS. Kedah tak ada perkataan laju. Jadi; air mengalir deras, budak lari deras, bas dipanju dengan deras dll.
  • DĂ©ghĂ©men maknanya muka bercalar-balar samada jatuh face-down atau kena balun. Dalam satu hadis Nabi saw, ada disebut RAGHIMA Anfun ...maksudnya masuklah hidung dia dengan debu. Ini adalah berupa ancaman kecelakaan yang dikiaskan kepada orang yang berbuat dosa iaitu mukanya seperti ditonyoh ke tanah dan masuk debu. Jadi saya rasa DEGHEMEN tu mai dari perkataan RAGHIMA... Itu teori saya yang jahil ni lah. Belum jumpa lagi mana2 tulisan yg cerita asal usul perkataan ni.
  • DĂ©mah = Ada dua makna. Pukul dan juga heat-treatment.
  • Depa = mereka
  • Dogiang = tak pakai baju, atau kalau ayam dogiang, ayam yang dah dicabut bulu.
  • Dogoi = botak. Tak kiralah kalau kepala botak ka, tayar moto botak ka, atau bukit yang dah kena kena tebang pokok-pokoknya, tu pun dogoi jugak


G
  • Gabuih = 1. Padam 2. Sapu-sapu debu pada pakaian/badan 3. Curi
  • Gagah = ini bukannya kuat, tapi memperkuatkan. Kalau dia kata, "Saya ni dah kenyang. Nak perabis sepinggan nasi ni pun, gagah." Maksudnya dia bersusah payah nak menghabiskan nasi tersebut. Gigih kut dalam bahasa baku.
  • Gagau = katalah kunci kereta hang terjatuh dalam  tempayan berisi ayag atau guni tepung ka, hang masukkan tangan raba2 dalam tong tu cari kunci. Itulah yang dinamakan gagau.
  • Gaghin maknanya goreng sampai crisp. Aku suka sangat makan ikan temenung goreng yang gaghin-gaghin.Ataupun bila tengah demam ni tempreture panas sgt akan sebut... Demam gaghinn sgt ni...
  • Gaji bukannya duit masyuk hujung bulan. Maksudnya menggergaji. Orang Kedah segan (ie malas) nak sebut penuh.
  • Galak bukan nya bermakna dorongan, tetapi bermaksud seseorang  gatal perangai, tu kaki ngorat, flirtatious.
  • GĂ©bag = Selimut
  • Gebang = sembang santai, mostly bual kosong. Ni dah jadi bahasa baku.
  • GĂ©dĂ©hok = khemah menyediakan makanan kenduri kawin
  • GĂ©dik = menggatal (flirtatious juga). Untuk orang pompuan saja. Kalau lelaki gedik...pondanlah dia.
  • GĂ©ghali = gerudi atau korek dengan lubang. Kalau korek lubang telinga orang kata GĂ©ghali lah.
  • Geghek = basikal
  • GĂ©ghit = mengigit dengan gigi yang kecil. Tikus atau lipas atau  tupai akan geghit buah nyiog. Tapi kalau anjing yang buat tu, tak namanya geghit.
  • GĂ©lintei ada dua makna. 1. Menguli adunan kuih dengan tapak tangan supaya jadi bulat-bulat kecil contohnya macam kuih buah melaka. 2. Menggelicik bola.
  • GĂ©lma = kahak (phlegm)
  • Gelong =  tak seimbang. Selalunya tayar gelong. Kalau otak gelong maksudnya gila lah, sbb dah tak balance pemikirannya. Tak sama dengan gĂ©long.
  • GĂ©longsoq = slide....asalnya gelongsor, Papan gĂ©longsog = papan slide yang kita tengok di taman-taman permainan tu.
  • GĂ©lut = kelam kabut
  • Gencok = menari
  • GĂ©rmit = Pengasah pensil (sharpener).
  • Ghabat = Memanjat atau mendaki. Misalnya memanjat pokok, mendaki bukit dsbnya.
  • Ghabit = terkoyak
  • Ghabong = peramah (talkative), bakunya RABONG. Kalau orang kata , "Dia tu sembang ghabong". Maksudnya dia sangat peramah.
  • Ghabut = meragut (to snatch)
  • Ghagaih sama dengan ghabat. Tapi selalunya terbatas pada pokok saja, atau pagar, benda yang rendah-rendah sahaja. Kalau daki bukit tak dinamakan ghagaih.
  • Ghalit = lalai.
  • Ghambu-ghambai
  • Ghandok = meredah air
  • Ghapit = rapat. Kalau kawan ghapit maknanya kawan karib.
  • Ghapla = lalai/ tak fokus. Asal Arab = ghafala yang ertinya lalai.
  • GhĂ©ban = runtuh.
  • GhĂ©dot = berkedut
  • GhĂ©jit = mengenyit mata. Ini cara orang2 dulu mengorat.
  • GhĂ©lah = koyak
  • GhĂ©lai = berderai
  • GhĂ©lin = menjeling
  • GhĂ©mbaih = memukul dengan rotan atau kayu
  • GhĂ©mot = kalau kereta ghĂ©mot maknanya remuk, kalau baju ghĂ©mot maknanya tak diseterika (wrinkled), kalau kertas ghĂ©mot ialah yang dah dikepal2.
  • Ghenet = rendah
  • GhĂ©ngau = mencakar dengan kuku
  • GhĂ©ngkat = pakaian yang singkat
  • GhĂ©njah = berselerak , bertaburan
  • Ghenjong = tinggi. Disifatkan pada orang saja. Kalau pokok tinggi atau bangunan tinggi kita tak katalah pokok/bangunan tu ghenjong.
  • GhĂ©nyeh = sengeh
  • GhĂ©yang dot = buah keriang dot.
  • GhĂ©yau = menangis
  • GhĂ©yup = hilang dari pandangan. Asalnya dari kata terbitan Arab = Ghuyub, kata dasarnya Ghaib (maknanya tak boleh nampak)
  • Ghimbok = pukul/ hentam orang. Secara khusus tumbuk di bahagian perut. Dalam semua perkataan Kedah yang membawa makna pukul, ghimbok adalah yang paling teruk....maksudnya mengganyang. Bahasa Inggeris mungkin kita boleh pakai severe beating.
  • Ghodek  , nak explain pun payah. Cam ni lah. Katalah anak hang terbuang iPad hang bawah katil, hang ambil kayu ka, penyapu ka, hang pi jolok bawah katil, try to fish out the iPad, kiri-kanan, depan-belakang...tu la ghodek namanya. Maknanya mencari sesuatu dengan try-try, sebab hang tak pasti apa yang ada bawah katil tu, atau apa yang ada dalam almari baju. Itulah GHODEK namanya.
  • Ghodong = redah tanpa pikiag panjang (la ni orang kata bulldoze saja)
  • Ghompong = hidung dimakan kuman sampai berlubang besar, dulunya pesakit kusta yang berkeadaan begini
  • Ghona = warna
  • Ghongak = jongang
  • Ghonyoh = pegang rambut lawan dan tonyoh kemana yang suka sekuat hati.
  • Ghosek = selongkar.
  • Ghumbu = keadaan dah haru biru, tak teratur
  • Ghunaih = mengupas dengan kuku. Misalnya ghunaih ghupin tang kulit.
  • Ghupin = parut
  • Godam = pukul. Kalau kena godam, maknanya kena sebat. La ni dah jadi baku. Godam bermakna  Computer Hacking.
  • Gon = cerun bukit.
  • Gu = padankan, cari pasangan (ie. match kan). Mungkin ni asal perkataan beregu kot. Juga disebut PĂ©gu
  • Gughuih api = mancis

H
  • Habag = beritahu
  • Haghin = bau hancing
  • Halai balai = buat lebih kurang, ambil ringan
  • Hampa/ Hangpa = kamu semua
  • Hampok = menghempas
  • Hang = engkau/awak
  • Hat = yang. Hat ni = Yang ini, hat tu = yang itu
  • Hawin = membaling, tapi secara spesifik, macam baling tukul besi tu. Angkat dan campak gitu.
  • Heghot = tak lurus. Bengkok.
  • Heghot petot = bengkang bengkok, kalau buat karipap heghot petot maknanya tak nampak rupa karipap lah, senget, bengkak dsbnya
  • Hemoi = tak tau malu.
  • Hencot = berjalan dalam keadaan tempang
  • Hinggut = Goncang
  • Hingag = Bising
  • Honggag = goyang2 sampai tercabut. Misalnya honggag gigi yang dah rosak atau tiang lampu sampai membolehkan kita cabut dengan mudah.
  • Huih = terhakis. Bahasa bakunya haus, tapi tak bermaksud dahaga. Selalu dirujuk pada tapak kasut yang dah haus atau baju lama. Ada peribahasa Melayu tu, TAK HAUS DEK PANAS TAK LEKANG DEK HUJAN.

I
  • Ikan TĂ©mĂ©nung = Ikan kembung

J
  • Jebon, asai dia Kak Mok tak tau mai mana. Tapi jebon ni ialah spesis binatang yang hodoh dan perangai tak elok. Ada orang kata mongoose. Selalunya kalau orang kata hang muka macam jebon, maksudnya hang amatlah tak hensem. Kalau perangai macam jebon, kira teruk sangatlah. Rasanya Tasmanian Devil ni lebih kurang jebon lah.
  • JĂ©ge = membeliakkan biji mata
  • JĂ©ghĂ©mbab = terserempak, JĂ©ghĂ©mbab pi = berkunjung secara tiba-tiba.
  • JĂ©ghĂ©moh = lebih kurang sama dengan jĂ©ghĂ©mbab dan kadang-kadang boleh digunakan untuk describe perkara yang dibuat secara spontan.
  • JĂ©ghkah (atau jĂ©rkah) = tengking.
  • JĂ©lom = to dip in water, masukkan dalam air. Selalunya kalau budak2 demam panaih emak dia akan jelom kain dalam ayag suam dan demah dahi budak tu bagi kebah sikit.
  • Jengkek = berdiri atas sebelah kaki sahaja, mungkin kerana kaki yg sebelah lagi tu sakit ke, cedera ke. Kecik-kecik dulu ada permainan jengkek kapal terbang, dalam  bahasa mat salleh, Hop-scotch.
  • JĂ©nuh = dalam kuantiti yang banyak
  • Jinjat = berdiri di atas jari kaki, mungkin untuk mengambil sesuatu yang terletak di tempat yang tinggi.
  • Jubog = Bahasa bakunya DUBUR, tapi dalam bahasa Kedah ia merujuk kepada PUNGGUNG, bukannya saluran keluar najis.

K
  • Kaghau (karau) = menarik tali/ menggulung, seperti menggulung semul tali layang-layang, ataupun tali joran (dalam Englishnya = to reel in).
  • Kahag = samseng/ gangster. Asalnya bahasa Arab Qahhar, menggerunkan.
  • Kala lipit = kala jengking
  • Kaleh = ada dua makna, toleh ataupun menterbalikkan
  • Kalut = kelam-kabut
  • Kampoi = berusaha keras untuk menghabiskan kerja
  • Kanyiag = mentah/ belum baligh
  • Kapak = bukan kapak yang guna tebang pokok tu, tapi maksudnya mahal. Kalau hang kena kapak, maksudnya kena caj mahal lah.
  • Kapok = pelok = hug. Bukan gitar KAPOK tu.
  • Kasut Jepun = Selipar
  • Katok = pukul dengan kayu. Kalau pukul dengan benda lain tak katok namanya.
  • Kawag = pencuri
  • KĂ©bah = baru sembuh
  • KĂ©bulog = Keinginan yang tinggi. Macam orang yang kebuluran berhajatkan kepada makanan. Kalau orang Kedah nak kata dia sangat2 tak nak, maka dia kata, tak kĂ©bulog. Contohnya, "Awat mak setuju pinangan depa tu? Cek tak kĂ©bulog kat Mat tu." = "Kenapa mak setuju pinangan mereka tu? Saya sangat2 tak ingin pada Mat tu."
  • Kecek = pujuk
  • KĂ©cog ialah pucat lesi. Selalunya kecog muka bila tau nak kena masuk jawi.
  • Kecoh = bukannya kelam kabut/ huru-hara....tapi maknanya tipu.
  • KĂ©ghaih KĂ©dĂ©kiang = terlalu keras
  • KĂ©jan = To urge, menggesa..selalunya kalau suami nak keluag rumah segera, dia akan KEJAN bini dia supaya cepat2 siap.
  • KĂ©jap = ketat. Bukannya sekejap
  • KĂ©lebek = membelek-belek
  • KĂ©lĂ©bog = air berselut, macam kubang kerbau tu.
  • KĂ©lĂ©piag = bergelut untuk melepaskan diri. Macam ikan dalam tangan, kelepiag nak lepas. To wriggle.
  • KĂ©litin = berpusing-pusing serata tempat, mencari barang atau apa2 saja.
  • KĂ©lolo = perangai melawak terlebih , kadang-kadang tak kena tempat
  • KĂ©marin = semalam. KĂ©marin dulu = dua hari lepas
  • KĂ©masai = lemah longlai macam baru mangkit tidog.
  • KĂ©mbang pungkog = rasa bangga dipuji
  • KĂ©metot = kecil dan comel
  • Kepak = mematahkan, bukan KĂ©pak.
  • KĂ©pek = crushed, leper
  • KĂ©piah = Kopiah/ Songkok Hitam. Kalau kopiah putih dipanggil Ketayap
  • KĂ©sit = tak berisi. Kalau dapat moktan kesit maksudnya, rambutan yang isinya dan tak banyak.
  • Kesot = mengubah tempat duduk tanpa bangun.
  • KĂ©tayap = Kopiah Putih atau Kuih Ketayap.
  • KĂ©tĂ©gag = degil
  • KĂ©tit = digigit binatang kecil seperti semut, kerengga, lintah dll. Kalau binatang besag macam anjing ka, kucing ka yang gigit, kita kata kena TOKAK
  • Ketot = kerdil atau bertubuh kecil.
  • KĂ©tumbit = bengkak jangkitan di pelupuk mata
  • Kiat = tidak aligned. Selalunya tayar basikal lah yang kiat tu, rim dia dah senget sebelah.
  • Kog = round concrete culvert (tak tau apa BM untuk perkataan ini)
  • Koi-koi = sedikit demi sedikit
  • Kok leghah = di sekitar.
  • Kokko = bawak orang kat atas belakang. Piggy back ride kata omputih.
  • Kopek = dompet
  • Kore = kecil dan lemah atau kurus
  • Kot  = Arah, kot mana = arah mana/macam mana.
  • Kot - kot = Entah-entah. Kalau dikata. "Kot-kotlah dia dah balik dah." maksudnya, "Entah-entah dia dah balik dah."
  • Kughuih KĂ©lĂ©piang = terlalu kurus, macam papan
  • Kuit = cuit
  • Kupang = puluh sen. Contohnya dua kupang adalah dua puluh sen.
  • Kutei = cubit

L
  • La = sekarang
  • La_eh ialah perkataan nak describe seseorang tu jenis yang lembik, tak dak tenaga.....weakling gitu. Contohnya orang tanya, "Awat hang nampak la_eh sangat ni?", maksudnya "Kenapa engkau ni nampak macam tak dak tenaga sangat nih?"
  • Labah Lutong = Labah Tarantula, yang besar berbulu
  • Lagu = seperti, semacam, umpama
  • Laku = laris
  • Langut = dongak
  • Lapag ayag = Dahaga.
  • Lapeh = Bakunya lapis, tapi maksudnya generasi. Kalau dikatakan, "Dia tu lapeh tok wan hang.", maksudnya orang tu sezaman/sebaya dengan datuk kita.
  • Latam = pijak merata-rata (trample dalam Bahasa Omputih)
  • Lau = reban ayam
  • LĂ©cah = berlopak
  • LĂ©hog = Zohor
  • Lekeh = tak ada class = koman
  • LĂ©koih/Lokoih = lenjun
  • LĂ©maih PĂ©rut = rasa meluat, atau tak suka, bimbang pun boleh. Annoyed, irritated. Tak sama dengan Semak Perut
  • LĂ©mbek Dok Dek = terlalu lembik/ liut
  • Lengkoi = curvy.
  • Lengkong = cincau
  • Lenyek = menindih sehingga leper. Macam lenyek pisang untuk buat cucur.
  • Lesiag = muka leper. Hidung pun tak mancung.
  • Ligan = kejar
  • Lingkop = habis semua.....kalau bisnis lingkup maknanya dah bangkrap.
  • Loghat ni bukannya dialek bahasa, tapi maknanya semakin teruk (ie getting worse). Kalau sakit koi loghat, maknanya makin tenatlah. Kalau hidup koi loghat, maknanya makin miskin dll.
  • Loklag = berkata  lucah/mencarut secara main-main. Atau membuat kerja  tak sungguh2.
  • Loncat = lompat
  • Luku = ketuk kepala dengan ruas jari (knuckled)
  • Lunyai = hancur

M
  • Ma-aloh = Muallaf.
  • Mai = Mari atau datang
  • Mak Ngot = orang yang terlalu perlahan dalam bekerja (slow and steady)
  • Mala'on = orang tak berguna, orang yang peghabih beras saja. Dalam bahasa Arab ialah mala'un, iaitu orang yang dilaknat.
  • Mamai = mimpi semasa separuh tidur dengan menggerak-gerakkan tangan atau kaki. Selalunya bayi atau budak2 kecik yg mamai. Depa tak mimpi.
  • Mandom = lesu atau tidak bermaya
  • Mangkag = buah yang tidak masak ranum. Selalunya durian yang isinya keras.
  • Mangkit = bangun/bangkit
  • Mangli = Lali. Sudah biasa
  • Manis chaih = terlalu manis
  • Manyau = membebel/ berkata-kata atau meracau semasa tidur.
  • Masuk Jawi = berkhatan
  • Meghah mĂ©ghĂ©ngau = terlalu merah.
  • MĂ©ghambu = bercucuran (bila menangis akan menghambu ayag mata), ataupun berjuraian.
  • MĂ©ghap = cry-baby. Budak-budak yang dok menangis atau merengek kalau tak kena apa-apa . Selalunya budak meghap lepas dia bangun tidog.
  • MĂ©ghatuih = meratap. Bakunya meratus...mungkin maksudnya, tak berenti bercakap dan meracau-racau.
  • MĂ©ghawit = meracau atau melalut. Lebih kurang meghatuih jugak.
  • MĂ©ghĂ©kam = sakit perut yang "brewing" teramat sangat, kena cari tandas cepat-cepat.
  • MĂ©ghekot = dalam keadaan orang putih kata, curled. Kalau orang sakit arthritis jari-jari dia meghekotlah. Kalau tidog dalam suasana sejuk, kita tidog meghekot, macam bayi.
  • MĂ©ghĂ©lip mĂ©ghĂ©lap = pakaian atau suasana berkerlipan. Kalau pakai baju yang banyak labuci tu, meghelip meghelap lah dia
  • MĂ©ghĂ©lit = berkilauan, glossy
  • MĂ©ghĂ©loh maknanya tidog sampai tak sedag diri,
  • MĂ©ghĂ©lop maknanya keluag rumah seharian sampai malam baru balik.
  • MĂ©ghĂ©mut = banyak sangat, merujuk kepada benda-benda hidup. Orang membanjiri stadium sampai meghemut, cacing kerawit, dll
  • MĂ©ghĂ©ndoh = banyak dalam kontek berbuah lebat
  • MĂ©ghĂ©nin = berkilat. Selalunya merujuk kepada bengkak yang dah terlalu besar sampai berkilat nampak macam nak pecah.
  • MĂ©ghĂ©nyam = gatal atau menggatal,
  • MĂ©ghĂ©nyut =  sama dengan menghemut
  • MĂ©ghepet =  bakunya merepek, tapi dalam Bahasa Kedah maknanya bermimpi (dreaming).
  • MĂ©ghĂ©pu =  melimpah
  • MĂ©ghewang = berjalan dengan tangan menggawang-gawang sampai beghetoh orang habih. Atau kayuh basikal ciluk sana ciluk sini, tidak pada garisan lurus.
  • MĂ©ghi = elastik, contohnya getah pada pinggang seluar.
  • MĂ©ghla = satu lagi perkataan yang bermaksud menggatal
  • MĂ©ghonot = ni lagi satu yang susah nak describe. Kasi contohlah senang. Hang pi dok tepi meja makan rumah hang, kemudian tunduk macam ruku' dan berjalan bawah meja dalam keadaan membongkok tu . Itulah meghonot. Hang boleh meghonot dalam semak, meghonot bawah pagar dan lain-lain.
  • MĂ©ghosot = bukannya merosot tetapi maknanya kusut. Kalau main wau kemudian dan kita wind balik tali tu terlalu cepat dia akan  kusut. Itulah meghosot.
  • MĂ©ghuah bukannya maruah, tapi maknanya buang air. Kalau pi tandas tu, orang kata pi meghuah lah....kasag sikit.
  • MĂ©ghumit = perasaan resah-gelisah di dalam dada kerana ada hal yang tidak kena atau tidak memuaskan hati.
  • MĂ©layop = tinggi sangat
  • MĂ©lanuih = bersedih berpanjangan sampai tidak menguruskan diri-sendiri.
  • MĂ©lĂ©cup = kulit terbakar
  • MĂ©lĂ©din = bengkok. Secara spesifik kepada benda yang sepatutnya lurus atau rata seperti pemegang cangkul, reket badminton dll. Warping boleh gak.
  • MĂ©lĂ©ngung = termenung
  • MĂ©lewag = Merayau
  • MĂ©loghoih = selalunya describe seluar longgar yang dah nak terlondeh lalu meloghoih sampai ke bawah pinggang.
  • MĂ©lugai = meloya.
  • MĂ©naksah = Madrasah
  • MĂ©ncanak = lari sepantas mungkin
  • MĂ©nĂ©ghu = berduyun-duyun
  • MĂ©nene = meleleh. Melalunya dikaitkan dengan keadaan nanah atau darah yang mengalir keluar dari tempat luka/bisul. Boleh juga digunakan utk describe cecair yang meleleh perlahan.
  • MĂ©ngĂ©ghoh = Berdengkor
  • MĂ©ngkĂ©daghah = Makan dengan melahap
  • MĂ©ngkĂ©layi = Bergaduh
  • MĂ©ngkĂ©lan = maknanya makan tak lepas sebab tersangkut di kerongkong. Selalunya terjadi kalau hang makan nasi kosong tak dak kuah ataupun tak ada minuman. Kadang2 orang Kedah guna  sebagai maksud TERKILAN juga, pasal perasaannya sama iaitu, tak puas.
  • MĂ©ngoet ni maknanya, bergerak sikit2. Misalnya kalau hang pi kejutkan orang yang sedang tidog, dia gerak2 kaki dia sikit untuk signal kata dia dah jaga. Dia mengoetlah tu...maksudnya MASIH ADA NYAWALAH. Sama juga kalau hang pi katok ulag, tapi dia dok mengoet lagi, maknanya ulag tu masih hidup.
  • MĂ©nyĂ©rit = sangat laju
  • MĂ©nyorok = sarapan pagi. Bukan hide.
  • MĂ©nyĂ©bai = merajuk
  • Mereng = tak waras/gila
  • Moktan = rambutan
  • Moncom maknanya tarik muka masam, mostly sebab merajuk atau tak suka something.
  • Mot = membawa/ memuatkan. Contohnya;  Kereta Pak Man boleh mot 5 orang.
  • Motong = menoreh getah
  • Mutu = motorsikal

N
  • Na'aih = Nahas
  • Nangnaih = Nenas
  • Nanya....malang/ nasib tak baik. Dari bahasa baku, aniaya.
  • Na La = bukan kawan tenis Anwar Ibrahim tapi suatu frasa yang digunakan untuk memperkuatkan sesuatu sifat, misalnya Na La punya besag, atau Na La punya kedekut.
  • Ndoi = Buaian
  • Neghai/ Seneghai = baris/ sebaris
  • Nenen = susu
  • Nomot = Nombor. Kalau selalu dapat Nomot 1 dalam kelaih tu, kira pandailah.
  • Nnughi = Tergeliat lidah nak sebut ni. Maknanya kenduri. Cuti-cuti sekolah ramai orang buat nnughi kawin.
  • Nyog = kelapa. Bahasa bakunya nyior.

P
  • Padang = bendang
  • Pait bĂ©rdĂ©ngung = tersangat pahit
  • Panaih lit lit = panas terik terutamanya di tengahari
  • Pandak = pendek
  • Panggong = menegakkan kepala, selalunya yang panggong ialah ular King Cobra.
  • Panggu = bahagian
  • Pangkin = Bahasa Inggerisnya bench. BM tak pasti pulak.
  • PĂ©dai Ayam = mangga kunci (padlock)
  • PĂ©dĂ©ghaih = menyegerakan. Asalnya deras/ dĂ©ghaih iaitu laju.
  • PĂ©diah = pukul
  • PĂ©do = berhati-hati
  • PĂ©ghak ni maknanya tak belajag, tak WORLD WEARY kata orang putih, sampai benda yang orang dah biasa tengok dan dengar pun dia rasa heran sebab dia mai dari hulu. Misalnya dia mai pĂ©kan dia terkejut tengok orang boleh bawa keluar duit pakai ATM. Orang kata dia tu pĂ©ghak lah. Kalau lagi teruk, sampai duit pun tak kenai, orang kata PEGHAK BUIH...maksudnya ULTRA PEGHAK. Bahasa baku ialah haprak.
  • PĂ©ghĂ©mbang = fokus. Samada ketika melihat atau mendengar.
  • PĂ©ghendang = mencantikkan, memperindahkan. Asalnya merendangkan. Kalau seorang bawahan peghendang bos dia, maknanya bodeklah.
  • PĂ©ghisi = mengeluarkan/ mengasingkan bahagian yang tidak bermenafaat. Misalnya kalau kita pĂ©ghisi ikan bilis, maknanya buang kepala, najis dia dsbnya, kalau kita pĂ©ghisi kacang, kita buang kulitnya.
  • PĂ©ghosah = menguruskan, asal dia proses kot.
  • PĂ©ghonyok =  menggumpal kertas.
  • PĂ©ghosok = menyumbat.
  • PĂ©gu , lihat Gu
  • PĂ©kin = berjimat cermat
  • Pelag = lucah
  • PĂ©langkong = pukul dengan kayu atau senjata lain.
  • Pelet = dialek/ slang
  • PĂ©lĂ©koh = memelok seseorang dengan tujuan untuk menangkapnya. To restrain. Kalau dalam gusti banyak lah kita tengok yang kuat tu pelekoh yang kore.
  • PĂ©nakan = saudara
  • Pengkag = tempang. Kalau hang tak pandai main bola hang kaki pengkag.
  • Penyet = tindih
  • Pi = pergi
  • Pisau Bangkong = sejenis pisau kecil
  • Pokka = Sesumpah (chameleon)
  • Pok ka liao = Tak tau mai mana perkataan ni, mungkin dari bahasa Cina, tapi maknanya habis semua/ kosong/zero
  • Pokok hujan = Tanda-tanda hujan seperti awan mendung dan gelap yang menandakan hujan akan turun sebentar lagi.
  • Polok = sumbat makanan banyak2 dalam mulut ( to stuff)
  • Ponen = Pondan
  • Pughuih nyog = lidi
  • Pulun = berusaha kuat
  • Punggah! = Bukannya perbuatan memunggah barang (unloading)...tapi satu kata seruan menunjukkan rasa terkejut atau cemas bila seseorang tu berhadapan dengan masalah besar. Misalnya, tuan rumah buat jamuan untuk 2-3 orang kawan, tiba-tiba mai 30 orang. Maka dia kata, "PUNGGAH! Mana cukup nak bagi makan depa semua!?"
  • Punggai = baling kayu, selalunya kalau nak jatuhkan buah.
  • Pungkog = punggung/ bontot

R
  • Rojak = rojak buah. Kalau rojak cucur undang macam kat KL , di utara namanya pasembor.
  • Roti = biskut.
  • Roti BĂ©nggali = roti macam Gardenia tu (bread). Sebab yang dok juai ni dulu semuanya Benggali Sikh atau Punjabi. Kalau orang Kedah cakap ROTI saja, maknanya biskut.

S
  • Sagat = mengikis. ABC di kedah dipanggil ais sagat, sebab kena pakai mesin nak kikis air batu tu.
  • Sagon = makanan serbuk kelapa. Jangan terbatuk masa tengah makan, habis bersembur muka kawan.
  • Sah_leghah = selesai
  • Sakan = bersungguh-sungguh. Dipadankan dengan pulun, maka jadilah PULUN SAKAN iaitu berusaha bersungguh-sungguh.
  • Sampai sut bukannya baju sut yang buat kat kedai tu dah sampai, tapi maknanya sampai ke sudah. Contohnya orang kata, "Lepaih putuih tunang tu, sampai sut dia tak balik kampung." Maksudnya dia cabut tak balik balik dah.
  • Sangin, yang ni pak mentua aku sebut masa dia nak ganti lampu kalimantang kat rumah. Aku tanya apa dia sangin tu? Dia kata sangin tu bila pin kalimantang tu tak sama dengan socket dia, jadi tak masuk2. Sangin tu tak aligned lah gitu.
  • Sapa = siapa, (bukannya tegur).
  • Sauk = kaut/ mengaut
  • SĂ©bek muka sedih macam nak nangis.... :(
  • SĂ©bu = Perut dah kembung.
  • SĂ©gagan maknanya sebaya. Kalau beranak kerap, anak-anak hang nampak segagan lah.
  • Segak maknanya cantik. Untuk pompuan saja. Lelaki yang mempunyai rupa paras yang elok disifatkan sebagai lawa. Dalam bahasa baku, segak adalah untuk lelaki yang hensem.
  • SĂ©gan maknanya malas. Bukan malu.
  • SĂ©ghawa = bubur/pengat
  • SĂ©ghba bihin = segala macam benda.
  • SĂ©ghba mak nenek = macam Seghba bihin jugak...segala macam benda. Mak Nenek tu mai mana aku tak tau.
  • SĂ©ghdak = serbuk yang tinggal dalam tin bila kuih dah habis. (crumbs)
  • SĂ©ghebeh = berserabut, compang-camping
  • SĂ©ghĂ©lom = the act of memakai baju.
  • SĂ©ghendeag = rapat sampai bersentuhan/ bergeseran
  • SĂ©ghendeh = sama dengan seghendeag. 
  • SĂ©ghĂ©ngai = gatal kerongkong
  • SĂ©ghĂ©ngiang = marah/ tengking
  • SĂ©ghĂ©yat = reda (secara khususnya hujan dah reda)
  • SĂ©ghĂ©yau = risau/ bimbang. Kalau SĂ©ghĂ©yau gigi  maknanya ngilu.
  • SĂ©ghoh = semakin kurus, loss of weight.
  • SĂ©ghot = mengecilkan diri.
  • SĂ©ghpi = senyap sunyi
  • SĂ©jĂ©ghit = sikit sangat...in minute quantity
  • Sekeh = pukul dengan tidak terlalu kuat
  • SĂ©kĂ©net = sejenis hama
  • SĂ©lempang = kain pelikat dililit di bahu
  • SĂ©lop = sesuatu keadaan yang menggambarkan seseorang tu terlalu sedih/ terkejut  sampai tidak sedarkan diri. Kalau budak kecik menangis sampai selop maksudnya dia menangis sampai tenganga mulut tapi tak keluag suara....punyalah teruk menangis.
  • SĂ©mak Perut ni bukannya senak perut. SĂ©mak Perut ialah rasa gusar, bimbang atau risau yang sangat2, macam ada semak dalam perut.
  • SĂ©malam = malam tadi. Kalau orang KL semalam tu yesterday, orang Kedah last night. Kalau YESTERDAY orang Kedah kata Kemarin. Lain sikit,
  • SĂ©mawa = jemput, undang
  • SĂ©mbek = muka baru bangun tidor
  • SĂ©mĂ©jid = Masjid
  • SĂ©mughop = berbumbung rendah
  • SĂ©nanyan = Isnin
  • SĂ©ndat = cukup muat. Kalau baju sendat, maknanya cukup muat sampai ketat. Ngam-ngam gitu.
  • SĂ©neghai = sebaris. Contoh; Kedai kasut tu sĂ©neghai (sebaris) dengan kedai buah.
  • SĂ©nĂ©gheh = bergeser/ bersentuhan
  • Senget = tidak rata
  • SĂ©ngkak = terlebih kenyang. Stuffed!
  • Sengkek = pokai/ kurang atau habis duit
  • SĂ©ntot = menjadi kecil
  • SĂ©pak = tampar/ tempeleng
  • SĂ©tĂ©ri = seterika
  • Sia = mangkuk tingkat
  • Sighu = berlagak/ angkuh
  • Sigong =  menyiku - to elbow.
  • Simbog = curah air.
  • Simpan = kebumikan mayat.
  • Sinkei gigi = ngilu
  • Sintin = sinsing lengan baju
  • Sipi = nyaris, hampir
  • Sog = sahur
  • Sua = hulur

T
  • Taboh = pukul. Macam2 ada lagi...BALON, GHIMBOK, PEDIAH. TIBAI. Hampir sama tapi ada konotasi masing-masing.
  • Tahag = menahan, tahag makan = tak makan/ puasa. Kalau kena tahag di sekolah maknanya kena detention.
  • Tak pĂ©ghaya = tidak upaya
  • Takek = menggunakan pisau/ parang untuk memotong pokok/ ranting/ atau apa saja.  Kalau pakai kapak tak dinamakan takek.
  • Tala = menuju/ menghala
  • Tande = mandor
  • Tang = di / pada
  • Tauk = campak
  • Tebok = menanduk, khas untuk lembu kerbau saja. Bukan tĂ©bok.
  • TĂ©gege = gedik
  • TĂ©gha = seperti/ semacam/ sama . Contohnya - Tinggi pokok tu tĂ©gha rumah tu lah.
  • TĂ©ghan = tak ada bahasa baku yg ni. Orang yang sedang buat bisnis besar dalam bilik air, dia tĂ©ghan untuk mengeluarkan "saham-saham" dia dari dalam perut. Kalau "saham" tu besar sangat dan payah nak keluar, dia kena tĂ©ghan lagi kuat. Orang perempuan yang nak beranak pun kena tĂ©ghan  lagi kuat untuk melahirkan anak. Faham kot?
  • TĂ©ghbe = lastik/ melastik
  • TĂ©ghĂ©jong = mati atau pengsan sampai terbujur kaku
  • TĂ©ghĂ©yak = menangis. Dalam bahasa baku TERIAK, tapi bukan bermakna menjerit.
  • TĂ©ghisin =Terdedah sedikit akibat koyak atau luka. Contohnya, " Teghisin kulit aku kena pisau tadi".  Maksudnya, luka sampai nampak sedikit daging.
  • TĂ©jĂ©ngoi = tiba-tiba muncul/ menjelma
  • TĂ©koh = kadang-kadang/ sekali-sekala
  • Teleang = senget lehernya
  • TĂ©log KĂ©mughuk = Telor buruk (rotten egg), telor ayam/ itik yang tak jadi. Kalau pecah, baunya dahsyat.
  • TĂ©mbi = menolak menggunakan badan, body-checked
  • TĂ©mbon = gemok
  • Tempek = lekatkan
  • TĂ©mpoh = sentuh, bukannya tempoh masa
  • TĂ©muak = penuh sampai terlebih bekas. Biasanya disebut kepada bayi yang baru minum susu sampai termuntah sedikit pasai lebih sangat.
  • Teng = mengatasi
  • TĂ©ngalong = membaling sesuatu dengan menggunakan kayu. Misalnya tengalong buah pelam  atas pokok.
  • Tenyeh = mengesat.
  • TĂ©pĂ©lahang = terbuka luas, samada pintu rumah atau koyak yang besar pada kain pelikat dan lain-lain yang sewaktu dengannya.
  • TĂ©pĂ©le-ot = tergeliat
  • Tibai = sebat dengan rotan atau lidi
  • Tinaih = mengepit dengan dua kuku ibu jari tangan. Dulu2 bila orang kampung cari kutu atas kepala, dapat saja depa letak kutu atas kuku ibu jari kiri dan tekan dengan kuku ibu jari kanan, sampai pecah perut kutu tu. Itulah namanya tinaih. Kalau guna kuku ibu jari kaki, tak taulah panggil apa. Hang cubalah. Kalau terpele-ot, jangan saman aku.
  • Tindan = tindih
  • Toi = menekan tangan ke lantai dengan tujuan mendapatkan spring utk bangun dari sujud misalnya. Kalau nak gerakkan batu besar, hang ambil batang kayu dan hang toi dengan letak batu kecik kat bawah batang kayu tu. Baru dapat power. Cuba hang suggest apa perkataan baku yang ni.
  • Tojoh = jolok
  • Tok = nenek. Kalau datuk = wan
  • Tokak = gigit, baham dan yang sewaktu dengannya. Selalunya oleh binatang yang berahang dan bertaring.....macam anjing, kucing, harimau dll. Kalau semut yang gigit tak dinamakan tokak. Yang tu kita kata KETIT.
  • Tomoih = terjatuh muka dulu.
  • Tonggek = meninggikan punggung, terutama bila berjalan. Khusus utk wanita.
  • Tongkoi = tunggul. Kalau menongkoi maksudnya duduk saja tak buat kerja apa, macam tunggul.
  • Tongong = kalau bahasa lembutnya, tak berapa pandai....kalau kasar sikit, tak ada akal. Englishnya = Moron.
  • Tonyoh = to scrub. nanti aku cari BM nya.
  • Toyu = kicap
  • Tuang  = ponteng
  • Tubik = terbit
  • Tumpuk, bahagian korban. Setumpuk =  satu bahagian
  • Tungau, besar sikit dari sekenet.
  • Tuntun = to walk the bike, cow, buffalo etc. Kalau kita tuntun moto, maknanya kita berjalan menolak motor tu, kalau kita tarik lembu sambil berjalan, maknanya kita tuntun lembu tu.
  • Tutuh = Bila kereta bertemu kereta (berlanggar). Jadi kalau dia kata, "Aku pi tutuh kereta dia," maknanya dia pi hentam kereta tu. Ada juga makna proses mengawan. Yang tu tak payah tahu lah.

U
  • Ubi BĂ©nggala = ubi kentang
  • Ubi KĂ©mili= ubi keling
  • Ulat Danu = pelangi.

W
  • Wan = datuk

Z
  • Zaman tok nadog = lama sangat (long time ago). Tok Nadog (Nador) adalah seorang pahlawan silam.

Ini antara Bahasa Inggeris yang masih dikekalkan oleh orang2 Kedah yang kebanyakannya berasal dari UK satu ketika dulu. Ulu Kedah laa....

Banyak perkataan Bahasa Inggeris telah meresap masuk ke dalam perbualan dan telah diMelayu-Kedahkan.

  • Ban; asalnya dari Bahasa Inggeris = Bund. Kat bendang2 hangpa jumpa banyaklah batas ban.....ie BUND of earth.
  • Baih CĂ©pĂ©reh = Bas Ekspress (Express Bus)
  • Belen = Englishnya Balance. Maksudnya sama iaitu, samada baki atau mengimbang.
  • Blob = bahagian-bahagian ladang getah untuk ditoreh. Asalnya block. Kalau kena toreh 2 blob, maknanya daban lah.
  • Bob = buku. Asalnya book. Bunyi sebutan O nya sama dengan LOBE , bukan LOB.
  • CĂ©kĂ©lat = gula-gula. HACKS tu cekelat juga. Asalnya Chocolate.
  • CĂ©kĂ©run....tak ramai orang tau perkataan ni, termasuk orang Kedah sendiri. Ia adalah buku log untuk catit hasil getah, kelapa sawit dll yang digunakan oleh mandor. Asalnya aku rasa ialah scroll.
  • Chan... asalnya CHANCE, maknanya peluang
  • Daban asalnya English = double. Ini penoreh getah punya terminologi. Sebab kalau hari hujan depa tak boleh motong pagi, maka pada petang hari depa buat daban lah, ie dua kali.
  • Dreba  asalnya English = driver. Pemandu bas ka, lori ka, semuanya dreba.
  • Ek = Berlagak sombong. Contohnya, "Dia tu ek lah. Maklumlah dapat kereta baru." Asalnya ACT atau ACTION.
  • Eksyen = Sama dgn Ek
  • Gostan = Undur. Asalnya Go Astern = Reverse. samalah kan.
  • Henden = Handle basikal.
  • Jek = puji dengan tujuan membodek. Asalnya JACK, (ie to jack-up = mengangkat)
  • Kala = warna/ mewarna . Englishnya Color
  • Kamsin = upah . Englishnya Commission
  • Kapiu = Asalnya Curfew, maksudnya perintah berkurung. Dulu zaman 70an ancaman komunis masih banyak. Jadi kadang kala satu kampung kena kapiu oleh tentera yang menjalankan operasi
  • Karan = letrik . Englishnya Current. Kalau hang pi saloon dan kerinting rambut, depa kata hang karan rambut, sebab mesin kerinting rambut tu guna letrik.
  • Kolet = Orang yang issue tiket bas (Asal Collector)
  • Koman = tak dak class (asalnya Common ie. Ordinary). Selalu kami orang kedah sebut koman spana.
  • Kona = selekoh atau belok (asalnya Corner)
  • Lampu gaslin =  Lampu Gasoline. Pi tengok gambar sini lagi senang,
  • Lampu kabad =  sejenis lampu yang guna carbide. Selalunya digunakan penoreh getah.
  • Matgat = mud guard basikal atau motor
  • MĂ©rket = pasar (asalnya market)
  • MĂ©rton = tukul. Asalnya dari hammer tool, atau ringkasnya martol 
  • Misi = jururawat (dulunya yang bekerja dengan mission Kristian)
  • Pancat = tayar pancit (ie Punctured)
  • Pesen = Fesyen ataupun stail.
  • Piau = tulin, ori (Englishnya Pure)
  • Pomen = Mekanik kereta (asalnya Foreman)
  • Poreh = Jabatan perhutanan/ kerja hutan  (Englishnya ialah Forest). Kalau ayah hang kerja poreh, maksudnya Forestry Officer lah, Pegawai Perhutanan.
  • Prewel/ prevel = sprocket tayar basikal. (asalnya Freewheel). Ia akan membolehkan kita mengayuh pedal basikal ke belakang semasa cruising, walaupun tayar berpusing ke hadapan, Untuk mendapatkan lebih tujahan (thrust) budak2 kampung tukar ke prewel mati. Macam basikal fixie sekarang.
  • Rapon = pakaian yang dah lusuh, kadang2 dah berlipat2, Asalnya ruffled.
  • Rokok SikĂ©ret....rokok berjenama macam Dunhill, Rothmans tu. Asalnya Cigarette.
  • Sepbot = almari ( asal Englishnya cupboard)
  • Sepesen = kalau orang sebut muka sepesen, maknanya  mamat tu ada kelainan.
  • Singgam = Chewing-gum
  • Shed = kongsi (Asalnya Shared)
  • Spenda = seluar dalam (asalnya Suspender)
  • Syok = seronok (asal Englishnya Shocked)
  • Tera = bagus/ hebat. Asalnya terror.
  • Toslet = lampu suluh (Asalnya torch light)




SEKIAN PELAJARAN BAHASA KEDAH KAK MOK HARI NI.... 
HAMPA JANGAN PANDAI-PANDAI PI TAMBAH DENGUNG ATAU IDGHAM KAT WORD-WORD NI NAAA.....KAK MOK LUKU SANGI BARU KETAHUAN...!!!!!!

PULUN KEDAH PULUNMAI OOO MAI CHEQ MAI..

No comments:

Post a Comment

BELAJAQ BAHASA KEDAH KAIH....!!!!

đź’“ASSALAMUALAIKUMđź’“ Bahasa Kedah juga mempunyai beberapa cara sebutan yang unik. Contohnya huruf R yang di awal atau di ten...