Showing posts with label RESEPI. Show all posts
Showing posts with label RESEPI. Show all posts

Tuesday, June 5, 2018

MEE GORENG BASAH PEWITT...



ASSALAMUALAIKUM



Huduh Mak Aih Kuali Kak Mok Oiii


Mee Goreng Basah
Oleh: Kak Mok

Bahan bahan:
1 pek kecil mee kuning
5 ulas bawang putih - ditumbuk
6 biji cili padi - ditumbuk
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 sudu kicap manis
2 sudu kicap pekat
1 sudu kicap cair
1 sudu sos ikan

1 ikat sayur sawi - dipotong kasar
Segenggam taugeh - dicuci bersih
Udang dan sotong (seafood apa nak letak boleh)
1 biji limau nipis - perah
Tomato - dibelah enam
Daun bawang - tabur

Cara cara:

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili padi yang ditumbuk sehingga kekuningan dan garing.

Setelah cili garing, masukkan semua bahan sos, kicap dan sedikit air. Masak sehingga mendidih dan terbit minyak. Sementara ianya mendidih, ketika ini bolehlah kita memotong sayuran atau apa sahaja. Masukkan air lebih kurang 1/2 mug tapi dimasukkan sedikit sedikit supaya tidak terlembik pulak mee.

Masukkan udang dan sotong serta batang sawi. Kacau rata. Kemudian masukkan mee dan daun sawi dan taugeh. Kacau rata dan setelah secukup rasa, bolehlah ditutup api. Kak Mok suka mee yang sedikit basah belengas seperti dalam gambar, bukan basah berair macam mee hailam, jadi ketika ini Kak Mok akan letak sedikit lagi sos dengan sedikit air supaya ianya melekat pada mee.

Sebelum dihidangkan, bolehlah tabur cili merah hiris dan daun bawang serta bawang goreng. Jika suka, perahkan air asam limau nipis.

Nota:
Kadang-kadang, kak mok akan tuang kicap ke atas mee kuning dan gaul rata sebelum dimasukkan dalam kuali. Ikut mood lah. Kicap akan lebih menyerap pada mee dan lebih cepat bergaul sebati semasa digoreng.

Monday, June 4, 2018

AYAM MASAK KICAP



ASSALAMUALAIKUM





Harini dah masuk 21 Ramadhan 1439H. Kak Mok masak Ayam Masak Kicap Versi Kak Mok... Simple ja makan dengan nasi panas-panas...Boleh bertambah nasi dibuatnye...




Ok di bawah ni resepi pada adik-adik yang baru mula nak belajar memasak.... Good Luck Guys...!!!



Abaikan Kuali Legend Kak Mok.. 



Ayam Masak Kicap 
Oleh: Kak Mok

Bahan bahan:

1 ekor ayam - lumur garam dan serbuk kunyit dan goreng 
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
2 inci halia - yang muda
1 batang serai - diketuk manja
3-4 sudu besar sos tiram
4-6 sudu besar kicap manis
4 helai daun limau purut
6 tangkai cili padi merah dan hijau
Gula
Garam
Daun sup - opsyenal

Cara cara:
Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi. Masukkan cili padi dan serai. 


Masukkan sos tiram, kicap manis  



Masukkan sedikit air secukupnya. Masukkan ayam. Biarkan masak dan mendidih dengan api kecil supaya ayam mesra dengan kuah. 



Masukkan daun limau purut (carik-carikkan sedikit). Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa. Sedia untuk diangkat. 




Selamat Berpuasa Semua.... :)

Thursday, May 31, 2018

SUP MAIN CAMPAK DERHAKA....!!!!

Assalamualaikum

Entri kali ni kita main masak² pulak
Kak Mok kalau stress akan cari periuk belanga....haaaaaa bukan nak bagi melayang kat kepala orang tauuuu...... tapi bersilat kat dapuq..... at least kalau stress boleh masak.... perut pun penuhhh otak x stress dahhh... hahahaha... self treatment gituuuu.....

Aishhhh berleter pulakkkk Kak Mok ni....


Jommm Kita Intip Resepi Sup Campak Derhaka....!!!!

Bahan-bahan :-

• 5 ulas bawang putih *
• 3 ulas bawang merah (Kak Mok derhaka pakai sebiji bawang kecil) *
• 5 tangkai cili padi (ikut pedas) yang hampa mau *
• Sedikit isi dan tulang ayam (dipotong sederhana besar)
• 10 Ketul Meatball (Dibelah dua)
• Seikat sawi (dipotong kasar)
• 1 kiub pati ayam Maggi
• 1 sudu kecil lada putih
• 2 sudu kicap manis
• garam gula sesedap tekak... (pandai² agak la naaa)
• 2 sudu minyak masak (untuk menumis)
• 1 sudu minyak bijan
• 3 cawan air



Cara-Cara :-

1. Tumbuk bahan bertanda * sehingga lumat
2. Panaskan minyak masak dan minyak bijan
3. Minyak dah panas boleh laaa campak masuk bahan² yg ditumbuk tadi tu.... Tunggu sampai layu sikit (jangan sampai hangit pulakkk ye anak²)
4. Dah layu tu masukkan ayam dan meatball...Masak sebentar....
5. Masukkan Kiub pati ayam, 3 cawan air, sawi (kalau nak tambah sayur lain pun xdak masalah...ikut selera masing²... Kak Mok masukkan kobis dgn lobak sebab 2 ketul ni je yang ade dlm peti ais)
6. Biar sampai mengelegak dalam periuk tu.... Dah tu boleh masukkan kicap, lada putih, secubit garam (sikit je letak garam tu sebab kicap dan kiub pati ayam dah masin yeee...) dan last sekali letakkan sedikit gula....
7. Masak sat dalam seminit dua lagi... Tutup api....
8. Boleh la makan dengan mee / bihun / mee suah yang dah dicelur....
9. Nak lagi ngam makan sekali dengan cili kicap (Kak Mok rasa kalau tambah ni maunyeee bertambah²  bermangkuk²)


Selamat Mencuba.....

* Nanti bagi feedback korang buat tu.....


BELAJAQ BAHASA KEDAH KAIH....!!!!

đź’“ASSALAMUALAIKUMđź’“ Bahasa Kedah juga mempunyai beberapa cara sebutan yang unik. Contohnya huruf R yang di awal atau di ten...