Showing posts with label TIPS & PETUA. Show all posts
Showing posts with label TIPS & PETUA. Show all posts

Tuesday, July 17, 2018

JOM TRY..!!!....HOMEMADE JAMU (UNTUK BUANG ANGIN JAHAT DALAM BADAN).....


đź’“ASSALAMUALAIKUMđź’“



JOM BELAJAQ BUAT HOMEMADE JAMU


JAMU NI UNTUK SAPA YANG BANYAK ANGIN JAHAT DALAM BADAN. BOLEH LA TRY BUAT



Buat sendiri jamu homemade...

Nak belajar buat jamu sendiri...? Mudah sangat sebenarnya dan tak payah membazir duit membeli jamu yang jual di pasaran tu. Jimat dan berbaloi-baloi. Jamu ini sesuai untuk lelaki dan perempuan. Tapi tak sesuai untuk perempuan mengandung. Bahan semulajadi yang biasa ada di dapur rumah kita.... tanpa bahan perapat tau...

Sangat bagus untuk ibu lepas bersalin. Lebih bagus lagi untuk ibu2 yang bersalin melalui pembedahan. Ia amat digalakan untuk makan jamu ini kerana bersalin pembedahan selalunya tak bertungku di bahagian perut dan angin banyak berkumpul berbanding bersalin normal .

Fungsi utama adalah buang angin dan kempiskan perut

Juga boleh diamalkan oleh yang dah lama tak bersalin, yang tua, yang muda, para gadis dan teruna. Yang tak boleh mengamalkannya cuma ibu hamil dan anak-anak kecil sahaja. Fungsi utama jamu ini adalah buang angin dan kempiskan perut. Ibu yang menyusukan anak boleh amalkan tapi kena tengok  ketahanan anak, jika ada kesan sampingan pada anak. Biasanya tak ada apa-apa.

Bahan-bahan:

  • 3cm halia
  • 3 sudu besar halba
  • 15 biji lada hitam
  • 3 ulas bawang putih


Cara-cara:

  1. Tumbuk halba sampai hancur. 
  2. Lepas tu masukkan halia dan bawang putih dan tumbuk lagi. 
  3. Akhir sekali masukkan lada hitam. 
  4. Tumbuk sampai hancur lumat semua.
  5. Dah siap ditumbuk lumat... 
  6. Gentel bulat-bulat kecil sebesar biji saga.  
  7. Keringkan... samada di jemur atau keringkan dalam oven dengan suhu paling kecil.


Boleh juga atas tudung periuk di dapur gas pada api yang paling kecil. Sewaktu mengeringkan itu sentiasa balik-balikkan agar kering sekata.

Aturan makan


Jamu ini boleh diambil 2 biji pagi dan 2 biji malam selepas makan. Diamalkan secara berterusan setiap hari. Hasilnya badan akan ringan dan angin akan keluar sekali gus mengempiskan perut.

Siapa yang boleh amalkan?

  • Wanita yang bersalin caesar sangat disyorkan mengambil jamu ini ketika pantang kerana banyak angin. Boleh juga diambil oleh ibu yang bersalin normal dan sudah lama bersalin.

  • Ibu hamil tidak sesuai mengambil jamu ini.

  • Boleh diambil oleh ibu menyusu tapi elakkan sekiranya bayi mengalami jaundis.


Cara pengambilan

Selepas menelan jamu sediakan roti atau kuih untuk alas perut. Minum dengan air suam. Selamat mencuba.

PETUA DAN AMALAN UNTUK KECILKAN PEHA

đź’“ASSALAMUALAIKUMđź’“









PETUA DAN AMALAN UNTUK KECILKAN PEHA

Baiklah kat sini kak mok nak sharekan satu petua untuk kecilkan peha.
Sesiapa yang ada masalah ni bleh cuba amalkan secara konsistan selama 4 minggu untuk hasil yang terbaik.Hanya perlukan dua bahan sahaja dan kat dapur semua orang biasa dah ada bahan ni dan of coz menjimatkan.

Bahan-bahan :
👉1 liter air.
👉2 sudu besar jintan manis.

Cara-cara:
👉Rebus jintan manis dengan 1 liter air selama 30 minit dengan api sederhana kecil.
👉 Minum secawan pagi & secawan malam. Diminum setiap hari selama sebulan.

Amalkan secara konsisten, pasti akan membuahkan hasil.
Amalan petua ini juga sangat berkesan jika disusuli dengan senaman squat dan minum air 3 liter sehari.

Ibu menyusu pun boleh amalkan - boleh banyakkan susu badan.

Jangan lupa catat ukuran peha sebelum dan selepas sebulan mengamalkan rebusan ini ya.
Bila ada perubahan, pasti akan lebih yakin dan seronok untuk meneruskan amalan ini.

Rebusan ini juga membantu :
❤ Buang angin dalam badan.
❤ Masalah mulut berbau.
❤ Kurangkan selera makan.
❤ Tingkatkan metabolisme.
❤ Cuci usus.
❤ Sakit-sakit sendi.
❤ Kolesterol tinggi.
❤ Tambah darah.
❤ Gemok air.
❤ Banyakkan susu ibu.

Tuesday, June 5, 2018

50 Tips Terbaik Membina Keluarga Bahagia



ASSALAMUALAIKUM



Hari entri Kak Mok penuh dengan Tips dan Cinta....
Bagi Kakak-kakak dan Abang-Abang yang yang dah berkahwin tu boleh la aplikasikan kat sini....

Selamat Membaca... !







đź’“50 Tips Terbaik Membina Keluarga Bahagia đź’“



1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riaadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang




Boleh Amalkan Doa Ini Lepas Solat Berjemaah...Insyallah

Thursday, May 31, 2018

PETUA UNTUK KAKAK ADIK MAKCIK NENEK MENJAGA DALAMAN


đź’“ASSALAMUALAIKUMđź’“



Haa entri kali ni Kak Mok nak cerita sikit amalan Kak Mok tiap-tiap bulan. Almaklum la Kak Mok ni bukan muda lagi dan hampir nak masuk 3 series dahhhhhh na.. !!... Perempuan ni, bila dah masuk 3 series, kena amalkan sesuatu untuk kekal awet muda dan kekal bertenaga luaran dan dalaman. Tambah pula kalau lepas bersalin anak kedua atau ketiga, maklumlah aset wanita kena jaga lebih. Haaa... wajib jaga kalau nak suami sentiasa sayang. Bukan untuk orang lain, untuk suami dan untuk kesihatan diri sendiri juga.

Ada dua pilihan antara ambil suplement atau amal minum air rebusan tradisional.Kak Mok lebih suka yang tradisional... Bak kata orang.. Nak lawa nak cantik kena la rajinnn.... Hihihihi


Derhaka dalam gambar xdak manjakani,cengkih,pelaga dan kulit kayu manis




Apa yang anda perlu:

1.Serai - 2 batang (dititik)
2.Gula batu - 2 biji
3.Manjakani - 3 biji
4 .Cengkih - 3 biji
5. Halia muda - setengah inci dihiris nipis
6.Pelaga - 2 biji
7. Kulit kayu manis - sebatang
8. Madu lebah asli - sesudu

Cara Buat:


  • Masukkan semua ramuan (kecuali madu) dalam periuk tanah
  • Rebus dengan air 2 gelas jadikan 1 gelas.
  • Dan tunggu suam minum baru masukkan sesudu madu lebah asli .
  • Resepi ini untuk sihat secara alami dan paling penting bagus untuk kaum mak-mak.


Minuman ini elok diminum 2 kali seminggu.

NOTA: Jangan minum hari-hari, ya!...yang minum hari2 ja tau apa akibat dia....hihihiii..so jangan nak lebih2 nak extra minum....

đź’“đź’“đź’“đź’“đź’“đź’“đź’“đź’“đź’“đź’“đź’“đź’“đź’“đź’“đź’“đź’“đź’“đź’“đź’“
Sapa yang amalkan air rebusan ini dapat rasa perubahan 

1.Bagus untuk dalaman badan wanita.

2.Badan jd ringan dan payah kena penyakit.

3.Bagus untuk turunkan kolestrol dlm badan.

4.Wangikan badan secara semula jadi.


Wednesday, May 30, 2018

90 FAKTA MENGENAI LELAKI YANG PERLU ANDA TAHU...!!!!




1- Lelaki tidak mencari perempuan yang cun. Tapi mereka lebih suka perempuan yang kemas dan rapi.

2-Lelaki benci tengok lelaki lain mengurat.

3-Lelaki boleh suka seseorang awek dan kemudian lupa kat awek tu dalam masa 1 minit.

4-Bila lelaki kata dia tak faham, maksudnya anda tidak berfikiran seperti dia.

5-Apa kau sedang buat? "Atau" Kau sudah makan? "Adalah soalan pertama yang biasa seorang lelaki tanya dalam telefon untuk menghilangkan gagap.

6- Lelaki boleh mengurat sepanjang hari tetapi sebelum mereka pergi tidur, mereka sentiasa akan memikirkan tentang gadis yang mereka benar-benar sayangi.

7-Apabila seorang lelaki benar-benar suka kat anda, dia akan mengabaikan semua ciri-ciri yang buruk anda.

8-Lelaki suka gila dengan senyuman seorang gadis.

9-Lelaki akan berbuat apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis.

10-Lelaki benci bila anda bercakap tentang ex-bf anda.

11-Apabila lelaki mahu bertemu dengan ibu bapa anda. Biarkan mereka. ...Tak akan berani punya :)

12-Banyak yang lelaki ingin bagitahu anda tapi tak dapat.

13-Lelaki menangis!!

14-Jangan cuba mencetuskan nafsu lelaki. Percayalah.

15-Lelaki jarang berangan dan berharap terlalu banyak.

16-Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah reject mereka, sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka.

17-Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tiada patah balik lagi.

18-Memberikan seorang lelaki ayat gantung,akan menjadikan mereka membuat kesimpulan yang jauh dari apa yang anda fikir.

19-Lelaki suka bila perempuan menyentuh tangan mereka.

20-Lelaki biasanya tergagap-gagap apabila mereka bercakap dengan seorang gadis mereka sangat suka.

21-Lelaki tidak suka dengan gadis yang overreacting.

22-Lelaki lebih sayang anda daripada anda menyayangi mereka HANYA JIKA mereka serius dalam perhubungan.

23-Jika seorang lelaki mengatakan anda cantik, dia suka kat anda.

24-Anda boleh sentuh mereka tapi BUKAN rambut mereka!

25-Lelaki mendapatkan nasihat bukan dari lelaki tetapi dari perempuan.

26-Anda boleh mengatakan bahawa seorang lelaki itu baik jika anda melihat dia mengerjakan solat kadang-kadang.

27-Jika seorang lelaki tiba-tiba ajak anda keluar, tanya dia mengapa.(mesti tergagap2 dia nk jawap jika dia 1st date)

28-Seorang lelaki benar-benar sakit hati atau dalam kesakitan apabila dia menangis di hadapan anda!

29-Lelaki belajar dari pengalaman bukan dari buku-buku romantik macam yang perempuan buat.

30-Jika seorang lelaki sanggup melepaskan anda, dia benar-benar mencintai anda.(fakta nie betul)

31-Berhati-hati! Lelaki boleh membuat menaburkan gosip ke separuh daripada muka bumi lebih cepat daripada perempuan.

32-Kelemahan lelaki ialah di 'atas' lutut.

33-Lelaki sangat terbuka tentang diri mereka.

34-Lelaki tidak peduli tentang bagaimana berkilatnya kasut mereka.

35-Apabila masalah timbul, seorang lelaki biasanya relax jer tetapi sudah memikirkan jalan keluar.

36-Seorang lelaki yang menjaga rupa paras tidak pandai membaiki apa-apa benda.

37-Apabila seorang lelaki kata dia tidak boleh tidur jika dia tidak mendengar suara anda walaupun hanya untuk satu malam, jangan percaya! Dia juga memberitahu kata benda yang sama kat perempuan lain.

38-Lelaki lebih senang hati apabila seorang gadis bersumpah.

39-Kebanyakan lelaki benci gay!

40-Gadis-gadis yang mandi dalam minyak wangi akan lebih menangkis daripada menarik lelaki.

41-Lelaki sayang ibu mereka.

42-Seorang lelaki mempunyai lebih banyak masalah daripada apa yang anda boleh lihat.

43-Lelaki lebih suka bercakap berbanding perempuan terutamanya apabila topik tentang perempuan.

44-Apabila seorang gadis mengatakan "tidak", seorang lelaki mendengar sebagai "cuba lagi".

45-Lelaki tidak dapat menerima kenyataan "Diamlah" dengan begitu baik.

46-Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda benar-benar mahu hingga dia benar-benar jelas.

47-Lelaki akan sanggup mengorbankan wang untuk makan tengahari hanya untuk mendapatkan beberapa bunga ros.

48-Lelaki mudah mengalah pada tanda pertama rejection.

49-Ia baik untuk menguji seorang lelaki terlebih dahulu sebelum anda mempercayainya. Tetapi jangan biarkan dia menunggu lama.

50-Jangan berat sebelah. Cuba mengasihi seorang lelaki dengan adil dan anda akan terkejut dengan kesetiaan mereka.(betul sangat nie)

51-Lelaki sering memikirkan gadis yang suka kepadanya. Tetapi ini tidak bererti bahawa lelaki itu suka gadis itu.

52-Lelaki tidak benar-benar mempunyai keputusan muktamad.

53-Tiada lelaki tidak baik apabila dia sedang mengurat.

54-Mana-mana lelaki boleh mengendalikan masalah sendiri. Cuma dia terlalu degil untuk menanganinya.

55-Lelaki suka dengan gadis yang boleh memasak.

56-Lelaki akan membuang masa beliau terhadap permainan video dan bola sepak.

57-Lelaki sentiasa menganggap perempuan ni aneh dan mempunyai keputusan yang tidak dapat diramalkan tetapi mereka akan masih menyayangi mereka.

58-Lelaki tidak suka gadis-gadis yang boleh menumbuk lebih kuat daripada mereka.

59-Apabila seorang lelaki memandang ke arah anda, ianya samada dia kagum kat anda atau dia mengkritik anda.

60-Anda tidak akan dapat memahami melainkan jika anda mendengarnya dari seorang lelaki.

61-Lelaki suka pada perempuan yang seperti ibu-ibu mereka. Jangan main-main!

62-Lelaki serta-merta boleh tahu jika gadis itu suka kat dia tetapi tidak dapat memastikan melainkan jika gadis itu memberitahu dia.

63-Lelaki percaya bahawa tidak ada perkara yang seperti cinta pandang pertama, tetapi akan tetap guna ayat tentang cinta pandang pertama itu untuk memikat gadis.

64-Jika seorang lelaki mula bercakap serius, ia tentu sangat penting.

65-Apabila seorang lelaki menyukai anda, dia akan mengajak anda keluar.

66-Lelaki juga boleh mencederakan diri mereka dari segi fizikal.

67-Apabila seorang lelaki mengatakan dia tergila-gila kat gadis itu. Dia serius.

68-Apabila seorang lelaki menyuruh anda meninggalkannya seorang diri, dia sebenarnya berkata, "Tolong temani aku".

69-Perempuan adalah kelemahan lelaki.

70-Jika anda membuat lelaki itu menderita dalam perhubungan, ia akan menjadi sukar untuk dia melepaskan anda.

71-Ketinggian perempuan tidak penting untuk seorang lelaki tetapi berat badannya amat penting!

72-Lelaki lebih suka perempuan yang tahu guna otak daripada yang tahu guna badan.

73-Apabila masalah datang, lelaki lebih menyalahkan diri mereka berbanding perempuan.

74-Lelaki terlalu banyak berfikir.

75-Fantasi lelaki adalah tidak terhad.

76-Lelaki tidak dapat menyimpan rahsia yang diberitahu oleh perempuan.

77-Jika seorang lelaki memberitahu anda tentang masalah-
masalahnya, dia hanya perlu seseorang untuk mendengarnya. Anda tidak perlu memberi nasihat.

78-Lelaki akan hampir menyombong mengenai apa saja.

79-Kalau seorang lelaki berdiam diri, cuba la anda yang mulakan perbualan.

80-Apabila seorang lelaki berpura-pura bertenang, cuba periksa jika dia berpeluh. Anda akan tahu yang dia tu gementar.

81-Lelaki benci apabila pakaian mereka menjadi kotor. Walaupun cuma titik kecil.

82-Perbuatan biasa yang membuktikan bahawa lelaki itu suka kat anda ialah apabila dia akan bergurau dengan anda.

83-Apabila anda menangkap dia menipu kat kamu dan dia meminta peluang kedua, memberikan peluang kepadanya. Tetapi apabila anda menangkap dia lagi dan dia meminta peluang sekali lagi, tinggalkan dia.

84-Walaupun gurauan anda tak lucu, lelaki akan tetap senyum.

85-Lelaki cenderung menjadi terlalu posesif dalam hubungan.

86-Lelaki itu mempunyai semangat yang kuat untuk berubah tetapi mempunyai usaha yang lemah.

87-Tidak mudah bagi seorang lelaki untuk berpisah dengan seorang perempuan terutama apabila mereka telah bersama-sama selama 3 tahun atau lebih.

88-Jika seorang lelaki memberitahu dia mencintai anda sekali seumur hidup. Dia betul-betul maksudkannya.

89-Lelaki benar-benar mengagumi perempuan yang mereka suka walaupun perempuan tu takla cantik sangat.

90-Lelaki tak suka perempuan yang kuat maki. :)




KAUM ADAM...BETUL KE SEMUA FAKTA NI....?????    HIHIHIIHI

CARA TERBAIK UNTUK MELUPAKAN SOMEONE... MOVE ON PLEASE ....!!!!!!






Assalamualaikum.


  
Hai hampa.. haha..! Almaklumla baru berjaya create blog.... So dia rasa 'ciwi' sikit bahasa kedah ni nak ooiiii.....  Hari ni Kak Mok nak berceloteh  sikit berkenaan dengan Cinta... Aisyeh... Tukar bidang pulak jadi "DOKTOR CINTA"... muntah dengaq aihhhh... Tips -tips yang bakal Kak Mok share ni ada sesetengahnya hampa dah biasa dengar kot... Takapa Kak Mok nak ulang balik sebagi ulangkaji kali ni... Semoga sel-sel otak hampa semua berhubung kembali seperti sedia kala... Bagi yang ditinggalkan kekasih hati atau telah 'dumb' @ meninggalkan kekasih hati dan cuba untuk MOVE ON... Ni Ha Baca Tips Kat Bawah Ni Na... Bismillahirohmanirohim....




  
"CARA TERBAIK UNTUK MELUPAKAN SOMEONE"




1.  Jauhkan diri hampa dari berjumpa dengan si dia



2.  Jangan sesekali cuba dengan apa cara pun untuk berusaha CONTACT si dia kembali.



3.  Dah suruh Elak CONTACT si dia. So, maknanya semua yang berkaitan dengan si dia tolong REMOVE buang dari Otak dan Memori tu.. Salah satunya 1st thing kena DELETE nick si dia dalam PHONE LIST hampa....



4.  Elak CONTACT termasuk la sekali dengan ELAK BERJUMPA dengan si dia.      Kelak hati hampa akan terasa susah lagi untuk MOVE ON. Bila BERJUMPA hati hampa yang terluka mungkin akan berdarah kembali dan mungkin akan lagi teruk Level Kelukaan tu..



5.  Kalu boleh delete FACEBOOK, INSTAGRAM dia sekali agar profile dia xakan muncul di screen everytime dia update. Bukan setakat delete.  Block terus lebih AFDHAL... FB .? INSTAGRAM  .? TWITTER  .? WHATAPPS  .?  BLOCKED..!!!!!!



6.  Cuba fikirkan semua keburukan dia walaupun si dia ada baiknya. Tapi untuk mengelakkan kita dari fikirkan dia. Cuba ingat balik keburukan dia untuk senang kita melupakan si dia kemudian hari dan hampa jangan pulak dok pi jaja merata keburukan dia pulak...



7.  Stop thinking si dia tu sweet. Kalau dia baik / sweet dia xkan buat kat orang yang di sayang macam ni. So takyah nk fikir sanagt sweet mweet dia tu... loya pulak Kak Mok.



8.  Ingat...hanya "SAYANG" orang yang sayang kita sahaja.





9.  Berusaha untuk buang terus dia dari ingatan.




10. Tak yah laa nak "berkawan" dengan dia dengan harapan dia akan merubah fikiran.Kalau boleh lupakan dia terus dan anggap je dia dah MATI....



11.Tumpukan perhatian kepada life hampa yang sedia ada happy.



12. Anggap sahaja bukan hampa yang bermasalah tapi dia.



13. Tak payah laa letak orang yang "tinggalkan kita or treat kita macam sampah" sebagai ratu/putera hati kita. Pertama , orang yang lukakan kita tak layak pun mendapat tempat yang istimewa dalam hati kita. Kedua , kalau anda tak buang orang tu dari hati anda , anda akan terlepas cinta lain yang mungkin lebih hebat daripada ex anda yang sah2 tak sayangkan anda.



14. Lepas tu kalu hampa rasa tak berjaya untuk melupakan si dia. Boleh cuba tips ni. Cuba buat solat hajat sepertiga malam dan mohon Allah S.W.T memberikan ketenangan hati dan mempermudahkan perjalanan hidup hampa. Tips ni Insyallah hampa akan berjaya..  Doa sepuas-puasnya untuk diri hampa dan kalau rasa nak menangis, menagis lah sepuasnya. Kerana Dia Maha Mendengar dan Maha Mengasihani. Insyallah... "Allah Tak Kan Uji Hambanya Kecuali Hambanya Itu Dapat Mengharungi Ujian Yang Dia Berikan." THINK POSITIVE... !!!!!



15. Akhir sekali tabahkan hati dan sentiasa ingat mana2 lelaki/perempuan pun bertuah memilih hampa sebagai teman hidup kerana hampa adalah seorang yang tabah menempuh dugaan hidup dan tidak gentar dan tidak bosan hidup secara solo molo . In fact, hampa akan happy solo atau berpasangan.......  Kreatif kan... ??? .Anda mampu mencipta kegembiraan seorang. Tambahan pula, sikap matang dan optimistic itu mampu menarik perhatian pasangan yg lebih menghormati dan menyayangi anda.



Siapa yang tidak kagum dengan orang yang pernah jatuh berkali-kali dan tersungkur,  tetapi masih mampu bangun semula dari setiap kegagalannya dan hidup seperti biasa secara normal......
  






p/s : Entri ini tak ada kena mengena langsung dengan diri Kak Mok sekarang ini. Tapi pernah la ada pengalaman handle kes camni sebelum ni. Jadi, Kak Mok harap entri kali ni membantu hampa teruskan hidup macam biasa dan dapat melupakan 'someone' tu dengan cepat.... SEMOGA BERJAYA....!!!!!














BELAJAQ BAHASA KEDAH KAIH....!!!!

đź’“ASSALAMUALAIKUMđź’“ Bahasa Kedah juga mempunyai beberapa cara sebutan yang unik. Contohnya huruf R yang di awal atau di ten...