Tuesday, June 5, 2018

TENTANG WANITA


đź’“ASSALAMUALAIKUMđź’“






SEORANG WANITA YANG BERKELAS TIDAK PERLU PASIF DAN JUAL MAHAL KERANA SUDAH TAHU DIRINYA BERNILAI TINGGI 
"Lex Depraxis"



TENTANG WANITA....

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. 


So , you guys ! Dah tahuu ? hekhekk . Hebat kan ? lalala ~ 

10 HADIAH YANG SERING DILUPAKAN ORANG TERSAYANG....


đź’“ASSALAMUALAIKUMđź’“









Ehemm . Bunga , cincin , perfume , kasut atau apa saja material yang boleh dijadikan hadiah sudah tentu pernah korang terima sebagai hadiah pemberian daripada si dia yang tersayang kan . *Opps ! Nampak semua tu tak memadai . Sebenarnya , ada beberapa hadiah lagi yang si dia lupa untuk bagi kat korang . Apa benda tu ? Jom terjahhhh ...


:heart:  Hadiah Mendengar
Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan dan korang hendaklah benar-2 mendengar apa yang dikatakan . Jangan mencelah , jangan berangan dan jangan merancang bagaimana korang nak membalasnya . Jika selama ni , si dia banyak bercerita dan kamu seorang pendengar yang setia , si dia terlupa untuk memberikan korang hadiah tu .


:heart:  Hadiah Sehelai Nota
Ia mungkin ringkas seperti 'Saya Sayang Awak' atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi .  Letakkan nota-nota ini ditempat yang tak disangka oleh orang yang dikasihi .



:heart:  Hadiah Ketawa
Berikan sesuatu yang melucuka seperti gambar kartun atau artikel . Mesejnya ialah , " saya suka ketawa bersama awak !"


:heart:  Hadiah Puji-pujian
Sesuatu yang ringkas seperti " warna pink memang sesuai dengan awak"  atau "Sedap betul masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia kurang keyakinan diri . Oleh itu , jangan hanya mahu dipuji . Cubalah puji si dia juga :)


:heart:  Hadiah Bantuan
Siapa yang akan datang menolong jika korang ditimpa masalah ? Siapakah ang bermain diminda korang saat korang memerlukan pertolongan ? Pertolongan seperti membaiki kereta korang di saat sedang rosak , bawa ke klinik saat korang sakit , hulurkan wang ringgit saat korang susah , sangat membantu dalam sesebuah perhubungan . Jika tiada semua tu , si dia nampaknya sudah terlupa .


:heart:  Hadiah Bersendirian
Ada pasangan yang sentiasa mahu berkepit 24jam . Ada pula yang sering mahu berada di sisi walaupun tidak memintanya . Ada ketika kita hanya mahu bersendirian . Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendirian .


:heart:  Hadiah Keceriaan
Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria bersama orang-orang yang dikasihi . Berikan dia senyumana yang boleh diukir dengan ikhlas dan buatlah si dia ketawa dengan sikap 'sense of humor' korang..


:heart:  Hadiah Doa
Hadiah inilah yang sering dilupakan . Selalulah berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu si dia yang dirinya sentiasa berada di dalam doa kita . Pasti sejuk hati si dia mendengarnya . Biar pun tiada harta bernilai ratusan ringgit namun dengan bingkisan doa ini segala urusan harian dapat dipermudahkan ;)



** Huhu .  Kak Mok Suka hadiah yang terakhir :)
Ermmm tetiber Nak Semua Hadiah ni...hahahahaha

MEE GORENG BASAH PEWITT...



ASSALAMUALAIKUM



Huduh Mak Aih Kuali Kak Mok Oiii


Mee Goreng Basah
Oleh: Kak Mok

Bahan bahan:
1 pek kecil mee kuning
5 ulas bawang putih - ditumbuk
6 biji cili padi - ditumbuk
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 sudu kicap manis
2 sudu kicap pekat
1 sudu kicap cair
1 sudu sos ikan

1 ikat sayur sawi - dipotong kasar
Segenggam taugeh - dicuci bersih
Udang dan sotong (seafood apa nak letak boleh)
1 biji limau nipis - perah
Tomato - dibelah enam
Daun bawang - tabur

Cara cara:

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili padi yang ditumbuk sehingga kekuningan dan garing.

Setelah cili garing, masukkan semua bahan sos, kicap dan sedikit air. Masak sehingga mendidih dan terbit minyak. Sementara ianya mendidih, ketika ini bolehlah kita memotong sayuran atau apa sahaja. Masukkan air lebih kurang 1/2 mug tapi dimasukkan sedikit sedikit supaya tidak terlembik pulak mee.

Masukkan udang dan sotong serta batang sawi. Kacau rata. Kemudian masukkan mee dan daun sawi dan taugeh. Kacau rata dan setelah secukup rasa, bolehlah ditutup api. Kak Mok suka mee yang sedikit basah belengas seperti dalam gambar, bukan basah berair macam mee hailam, jadi ketika ini Kak Mok akan letak sedikit lagi sos dengan sedikit air supaya ianya melekat pada mee.

Sebelum dihidangkan, bolehlah tabur cili merah hiris dan daun bawang serta bawang goreng. Jika suka, perahkan air asam limau nipis.

Nota:
Kadang-kadang, kak mok akan tuang kicap ke atas mee kuning dan gaul rata sebelum dimasukkan dalam kuali. Ikut mood lah. Kicap akan lebih menyerap pada mee dan lebih cepat bergaul sebati semasa digoreng.

Monday, June 4, 2018

AYAM MASAK KICAP



ASSALAMUALAIKUM





Harini dah masuk 21 Ramadhan 1439H. Kak Mok masak Ayam Masak Kicap Versi Kak Mok... Simple ja makan dengan nasi panas-panas...Boleh bertambah nasi dibuatnye...




Ok di bawah ni resepi pada adik-adik yang baru mula nak belajar memasak.... Good Luck Guys...!!!



Abaikan Kuali Legend Kak Mok.. 



Ayam Masak Kicap 
Oleh: Kak Mok

Bahan bahan:

1 ekor ayam - lumur garam dan serbuk kunyit dan goreng 
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
2 inci halia - yang muda
1 batang serai - diketuk manja
3-4 sudu besar sos tiram
4-6 sudu besar kicap manis
4 helai daun limau purut
6 tangkai cili padi merah dan hijau
Gula
Garam
Daun sup - opsyenal

Cara cara:
Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi. Masukkan cili padi dan serai. 


Masukkan sos tiram, kicap manis  



Masukkan sedikit air secukupnya. Masukkan ayam. Biarkan masak dan mendidih dengan api kecil supaya ayam mesra dengan kuah. 



Masukkan daun limau purut (carik-carikkan sedikit). Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa. Sedia untuk diangkat. 




Selamat Berpuasa Semua.... :)

Thursday, May 31, 2018

PILIH YANG TERBAIK.... !! (PILIH APA... JOMM TENGOK ENTRI...)

ASSALAMUALAIKUM 



Semalam Kak Mok dah bagi idea untuk adik-adik, kakak-kakak yang menjadi mangsa Cinta... Hari ni Kak Mok sebagai DOKTOR CINTA yang tak bertauliah nak la bagi serba sedikit tips dan petua untuk Kaum Hawa yang Kak Mok sayang....


Tips Memilih... pilih apa...??? Pilih Pasangan Hidup... yang mana hampa nak hidup kekal sampai syurga dan kekal selamanya... Aisyehhh.... Berfalsafah pulak aihhhh.... ok-ok straight to the point ...Jom baca entri ni.... Hope lepas ni adik kakak makcik dik non yang tengah mengalami kekonfiusan dapat guna tips ni na.....❤



Pada pndapat Kak Mok la kan...

kaum hawa kena lebih peka dan berhati-hati dalam memilih pasangan hidup berbanding lelaki... Kenapa..????

Kerana risiko perkahwinan tu lebih terbeban kepada wanita.. Sebabnya...???

   1. Lepas kahwin, terikat dengan keizinan dan restu suami..
   2. Emosi wanita sangat bergantung pada macamana layanan suami kepada isteri... Bak kata pepatah macamana acuannya, begitulah bentuknya.
   3. Hak pembubaran perkahwinan hanya terletak pada suami (kes fasakh lain ye.. nanti kak mok buat entri berkenaan dengan ni pulak ye)
   4. Kalau tak berpuas hati dengan si suami, tak boleh mencari suami lain (tapi hal ni yang selalu suami amik point untuk pasang sorang lagi)
    


Jadi point Kak Mok nak tekankan kat sini adalah WANITA KENA BETUL-BETUL PARTICULAR DAN SELIDIK BETUL-BETUL DALAM MEMILIH PASANGAN HIDUP....


Bukan hanya takat nampak baik jaga solat terus on
Bukan takat hensem, sweet sado terus on
Bukan takat baik dengan mak ayah terus on



Banyak lagi faktor yang perlu diambil kira CONTOHNYA :-

- Serasi tak dengan personaliti

- Pemahaman agama (bukan amalan je)

- Keluarga si Lelaki (nanti kalau tak sebulu dengan mentua akan laa jadi kes mengadu kat pages Kisah Rumah Tangga)

- Si dia sokong tak cita-cita ataupun hobi ataupun minat korang. (kongkong pergerakan ataupun tak)

- Senang layan perempuan lain di belakang tau tidak (sembunyi atau terang-terangan)

- Betul-betul menyayangi korang taupun tak (orang tua-tua da pesan kat Kak Mok.. Nak cari pasangan carilah pasangan yang menyayangi kita terlebih dahulu, jangan kita yang terlebih sayang lelaki itu. lepas kahwin nak berlebih-lebih carry on... SUAMI KORANG KAN..!!!)


dan banyak lagi.........


WAHAI KAUN HAWA SEKALIAN......

Korang nak kahwin dengan seseorang lelaki ini....
Maknanya korang akan bersama dengan dia 20, 30, atupun 50 tahun...

Ini isu soal hidup dan mati dan juga masa depan...
Si dia akan jadi ayah, penyelamat, pelindung dan ketua untuk memimpin korang jugak nanti....

SOAL DIRI KEMBALI.... Betul ke kau nak hidup mati dengan lelaki itu...???? Sanggupkah kau hadap susah senang dengan dia.. Korang check balik kualiti yang ada dalam diri lelaki yang korang puja sekarang...

ADAKAH TEPAT PILIHAN KORANG... JANGAN HANYA IKUT RASA CINTA DAN KASIH YANG MENEBAL.. SOMETIMES KENA FIKIR DENGAN AKAL FIKIRAN YANG WARAS DAN MATANG... BUKAN UNTUK ORANG LAIN.. TAPI UNTUK MASA DEPAN SENDIRI..

Kak Mok bukan apa... kak Mok sedih sebab kaum hawa banyak ditindas oleh kaum Adam ni... Sorry to say.. banyak yang Kak Mok perasan sebelum berkahwin, masa bercinta Ya Allah Kentut Pun Wangi...

LEPAS KAHWIN...?????

Mula la kita dengar cerita... Suami Kaki Pukul, Suami Kaki Perempuan, Suami Kaki Minum, Suami Tak Bertanggungjawab, Isteri Tanggung Semua, dan banyak lagi laaaa...

Kak Mok sayang semua.. sebab tu untuk pedoman Kak Mok dan kaum Hawa diluar sana. Tolong Sayang Diri Anda Dulu Na... Isu Kahwin bukan benda sehari dua unless korang suka nak hidup dalam keadaan 'MENTAL TORTURE" sepanjang life korang.....hihihi


Berletiaq panjang pulak Kak Mok hari ni... See you next entri pulak... kita tunggu isu apa yang kak mok nak berletiaq lagi na....


"Boleh Amalkan Semoga Mendapat Jodoh yang Baik-Baik"




BELAJAQ BAHASA KEDAH KAIH....!!!!

đź’“ASSALAMUALAIKUMđź’“ Bahasa Kedah juga mempunyai beberapa cara sebutan yang unik. Contohnya huruf R yang di awal atau di ten...