Wednesday, May 30, 2018

CARA TERBAIK UNTUK MELUPAKAN SOMEONE... MOVE ON PLEASE ....!!!!!!






Assalamualaikum.


  
Hai hampa.. haha..! Almaklumla baru berjaya create blog.... So dia rasa 'ciwi' sikit bahasa kedah ni nak ooiiii.....  Hari ni Kak Mok nak berceloteh  sikit berkenaan dengan Cinta... Aisyeh... Tukar bidang pulak jadi "DOKTOR CINTA"... muntah dengaq aihhhh... Tips -tips yang bakal Kak Mok share ni ada sesetengahnya hampa dah biasa dengar kot... Takapa Kak Mok nak ulang balik sebagi ulangkaji kali ni... Semoga sel-sel otak hampa semua berhubung kembali seperti sedia kala... Bagi yang ditinggalkan kekasih hati atau telah 'dumb' @ meninggalkan kekasih hati dan cuba untuk MOVE ON... Ni Ha Baca Tips Kat Bawah Ni Na... Bismillahirohmanirohim....




  
"CARA TERBAIK UNTUK MELUPAKAN SOMEONE"




1.  Jauhkan diri hampa dari berjumpa dengan si dia



2.  Jangan sesekali cuba dengan apa cara pun untuk berusaha CONTACT si dia kembali.



3.  Dah suruh Elak CONTACT si dia. So, maknanya semua yang berkaitan dengan si dia tolong REMOVE buang dari Otak dan Memori tu.. Salah satunya 1st thing kena DELETE nick si dia dalam PHONE LIST hampa....



4.  Elak CONTACT termasuk la sekali dengan ELAK BERJUMPA dengan si dia.      Kelak hati hampa akan terasa susah lagi untuk MOVE ON. Bila BERJUMPA hati hampa yang terluka mungkin akan berdarah kembali dan mungkin akan lagi teruk Level Kelukaan tu..



5.  Kalu boleh delete FACEBOOK, INSTAGRAM dia sekali agar profile dia xakan muncul di screen everytime dia update. Bukan setakat delete.  Block terus lebih AFDHAL... FB .? INSTAGRAM  .? TWITTER  .? WHATAPPS  .?  BLOCKED..!!!!!!



6.  Cuba fikirkan semua keburukan dia walaupun si dia ada baiknya. Tapi untuk mengelakkan kita dari fikirkan dia. Cuba ingat balik keburukan dia untuk senang kita melupakan si dia kemudian hari dan hampa jangan pulak dok pi jaja merata keburukan dia pulak...



7.  Stop thinking si dia tu sweet. Kalau dia baik / sweet dia xkan buat kat orang yang di sayang macam ni. So takyah nk fikir sanagt sweet mweet dia tu... loya pulak Kak Mok.



8.  Ingat...hanya "SAYANG" orang yang sayang kita sahaja.





9.  Berusaha untuk buang terus dia dari ingatan.




10. Tak yah laa nak "berkawan" dengan dia dengan harapan dia akan merubah fikiran.Kalau boleh lupakan dia terus dan anggap je dia dah MATI....



11.Tumpukan perhatian kepada life hampa yang sedia ada happy.



12. Anggap sahaja bukan hampa yang bermasalah tapi dia.



13. Tak payah laa letak orang yang "tinggalkan kita or treat kita macam sampah" sebagai ratu/putera hati kita. Pertama , orang yang lukakan kita tak layak pun mendapat tempat yang istimewa dalam hati kita. Kedua , kalau anda tak buang orang tu dari hati anda , anda akan terlepas cinta lain yang mungkin lebih hebat daripada ex anda yang sah2 tak sayangkan anda.



14. Lepas tu kalu hampa rasa tak berjaya untuk melupakan si dia. Boleh cuba tips ni. Cuba buat solat hajat sepertiga malam dan mohon Allah S.W.T memberikan ketenangan hati dan mempermudahkan perjalanan hidup hampa. Tips ni Insyallah hampa akan berjaya..  Doa sepuas-puasnya untuk diri hampa dan kalau rasa nak menangis, menagis lah sepuasnya. Kerana Dia Maha Mendengar dan Maha Mengasihani. Insyallah... "Allah Tak Kan Uji Hambanya Kecuali Hambanya Itu Dapat Mengharungi Ujian Yang Dia Berikan." THINK POSITIVE... !!!!!



15. Akhir sekali tabahkan hati dan sentiasa ingat mana2 lelaki/perempuan pun bertuah memilih hampa sebagai teman hidup kerana hampa adalah seorang yang tabah menempuh dugaan hidup dan tidak gentar dan tidak bosan hidup secara solo molo . In fact, hampa akan happy solo atau berpasangan.......  Kreatif kan... ??? .Anda mampu mencipta kegembiraan seorang. Tambahan pula, sikap matang dan optimistic itu mampu menarik perhatian pasangan yg lebih menghormati dan menyayangi anda.



Siapa yang tidak kagum dengan orang yang pernah jatuh berkali-kali dan tersungkur,  tetapi masih mampu bangun semula dari setiap kegagalannya dan hidup seperti biasa secara normal......
  






p/s : Entri ini tak ada kena mengena langsung dengan diri Kak Mok sekarang ini. Tapi pernah la ada pengalaman handle kes camni sebelum ni. Jadi, Kak Mok harap entri kali ni membantu hampa teruskan hidup macam biasa dan dapat melupakan 'someone' tu dengan cepat.... SEMOGA BERJAYA....!!!!!














No comments:

Post a Comment

BELAJAQ BAHASA KEDAH KAIH....!!!!

💓ASSALAMUALAIKUM💓 Bahasa Kedah juga mempunyai beberapa cara sebutan yang unik. Contohnya huruf R yang di awal atau di ten...