Tuesday, May 29, 2018

ESCAPE THEME PARK



Assalamualaikum





Siapa pernah ke Escape Theme Park, Penang?


ESCAPE Theme Park ini terletak di Jalan Teluk Bahang, betul-betul bersebelahan dengan Penang Butterfly Farm. Waktu operasinya adalah pada jam 9 pagi sehingga 6 petang, setiap hari kecuali hari Isnin.

Sila Cari Mana Kak Mok


Abaikan Model Tak Bertauliah di Situ... Pintu Gerbang Masuk Ke Escape


Theme park ini diasaskan oleh seorang anak kampung jati Penang, yang mana syarikatnya iaitu Sim Leisure merupakan salah satu peneraju dalam bidang konsultansi taman tema di Dubai, UAE.

Apa yang menariknya di sini, jika anda yang ingin merasai cabaran yang biasa dirasai ketika zaman kanak-kanak di kampung, maka di sinilah tempatnya.

Terdapat 22 aktiviti yang boleh dicuba sebaik saja anda melangkah kaki ke dalam pintu masuk. Setiap aktiviti menyediakan cabaran yang berbeza dari segi fizikal dan juga mental. Sesuai dengan temanya, “Time To Play”. Ini adalah antara tips yang berguna bagi anda yang berniat nak merasai pengalaman ke Escape,Teluk Bahang, Pulau Pinang

1. Beli Tiket Online
Untuk mengelakkan aktiviti yang paling tak disukai oleh manusia, iaitu beratur. Beli tiket di dalam talian. Tempah tiket awal-awal. Jangan degil. Untung nasib, ada diskaun jika membeli di dalam talian.

2. Datang Awal
Bila anda datang awal, anda boleh rebut tempat parking kereta yang paling dekat sekali dengan pintu masuk. Kenapa perkara ini sangat penting? Teruskan membaca dan anda akan tahu sebabnya nanti. Stay tuned.

3. Datang Awal Dan Selesaikan Cabaran Monkey Business Dulu
Ada logiknya, kerana 3 sebab. Pertama, dalam banyak-banyak tempat, Monkey business adalah tempat yang paling kurang shade. Nasib kurang baik, giliran anda sampai ketika cuaca sedang terik. Bila dah panas, sudah tentu ketiak basah lencun. Oh My Ketiak!

Kedua, Monkey business adalah aktiviti yang paling banyak mengunakan tenaga. Guna dulu awal-awal agar tak menyesal. Heh!

Ketiga, Monkey Business merupakan core activity di tempat ini. Jika anda tak lakukan cabaran ini, umpama anda tidak datang ke tempat ini. Enough said.

4. Cara ‘Jahat’ Selamatkan Duit Anda
Daripada review yang kami terima, ramai yang mengatakan makanan di sini agak mahal dan tasteless. Siapa mahu bayar makanan tak sedap tetapi mahal sila angkat tangan!! Krikk..krikk.. Semua tak mahu kan. Nak tahu caranya?

Begini. Beli makanan siap-siap, simpan dalam kereta. Bila lapar, anda boleh keluar dari entrancedan makan di kereta. Dah kenyang, boleh masuk balik sebab pass masuk masih boleh digunakan. Pandai-pandailah nak hidup kan.

Anda smart, duit selamat!

5. Loker
Tak perlu susah-susah jadi orang bandar dengan membawa semua perkakas atau barang milik sendiri ketika di dalam theme park. Keluarkan not RM5 dari dompet anda dan anda boleh simpan 1-2 backpack di dalam locker tersebut. Easily.

6. Sarung Tangan Dan Pendakap Cermin Mata
Bagi yang sayangkan kulit tangan yang gebu, bawalah sarung tangan bersama. Bukan tak boleh beli di situ, tetapi lebih syok jika anda pakai sarung tangan sendiri kan? Kebanyakan aktiviti adalah bersifat kasar dan memerlukan anda berpaut dengan kuat pada tali. *Jangan sesekali merungut jika hantaran kurang disebabkan tapak tangan kasar.

Bagi pemakai cermin mata, bawa sekali eyeglass fastener. Takkan berlaku kejadian cermin mata jatuh semasa bergayut di tempat tinggi.

7. Bawa Sedikit Wang Tunai
Theme park ini mengamalkan sistem cashless, iaitu sistem tambah nilai (top-up). Setiap pengunjung akan dibekalkan dengan kad yang akan digunakan untuk setiap transaksi seperti menyewa loker, membeli makanan atau minuman dan sebagainya. Isi nilai kad tersebut secukupnya atau jika kehabisan nilai, wang yang anda bawa tersebut boleh digunakan untuk menambah nilai di kaunter khas. Jika ada baki, boleh refund sebelum anda pulang.


No comments:

Post a Comment

BELAJAQ BAHASA KEDAH KAIH....!!!!

đź’“ASSALAMUALAIKUMđź’“ Bahasa Kedah juga mempunyai beberapa cara sebutan yang unik. Contohnya huruf R yang di awal atau di ten...