Tuesday, May 29, 2018

KISAH PILIHAN RAYA (PRU14)

Assalamualaikum...


Entri kali ni Nani nak cerita pengalaman sendiri masa terpilih untuk menjadi one of member (Ketua Tempat Mengundi) atau org dok panggil KTM bagi PILIHAN RAYA 2018 (PRU14) kali ni... Selama 29 tahun hidup ni la first time Nani berpeluang untuk mengendalikan urusan mengundi bagi rakyat Malaysia....

Bahang Pilihan Raya dah berakhir tapi nak jugak bagi info... Hihihihi



1.  HARI SEMAKAN PETI UNDI (8 MEI 2018)

     Hari semakan undi ni semua petugas di tempat mengundi (seorang ketua tempat mengundi-KTM, dan 4 orang Kerani Pengundian) perlu berada di tempat penyemakan Peti undi ni tau... supaya semua proses untuk semakan berjalan dengan cepat dan lancar. Sehabisnya menyemak peti undi, kami diberikan seorang polis pengiring bagi setiap saluran untuk mengikut kami sepanjang proses pengundian keesokan harinya. Selesai mneyemak peti undi. Kami perlu meninggalkan peti undi, kertas undi dan dakwat undi di tempat pengundian. Barang-barang yang lain perlu dibawa ke lokasi tempat pengundian. Nak kena pi setup pulak kt tempat saluran nanti... Oh lupa pulak nak mention, Nani ditugaskan di Saluran 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Wan Mohd Saman. Pengundi akan mengundi bagi Dun (N.14 : Alor Mengkudu) dan Parlimen (P009 : Alor Setar). Parti yang bertanding bagi kawasan ini melibatkan tiga penjuru. Iaitu parti PAS, BARISAN NASIONAL DAN PAKATAN RAKYAT. Dah selesai set up tempat....... Jommm... Menunggu esok hari (Hari Kejadian)

















2. HARI PENGUNDIAN (9 MEI 2018)

     Bermula seawal 5.30 pagi,  Nani kena berada di tempat ambil peti undi. Semasa mengambil peti undi, Ketua Tempat Mengundi dan seorang Kerani Pengundian perlu berada di sana bagi proses mengambil peti undi dan bersama-sama polis pengiring akan mengiringi kereta kami ke tempat pengundian. Eh lupa nak bagitau. Setiap saluran dah ditetapkan untuk peringkat umur tau... Bagi saluran 1 adalah saluran untuk warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas... Polis pengiring tak boleh dan tidak diharuskan (makhruh) untuk membawa peti undi. Hihihihihi... Nak menunjukkan bahawa bukan semua orang boleh mengendalikan peti undi tu...  Setibanya di tempat pengundian seawal 7.00 pagi dan kami tamat mengira undi sehingga pukul 7.30 malam. Selesai mengira undi, semua peti undi dan borang-borang yang berkaitan perlu dibawa ke TEMPAT PENJUMLAHAN UNDI bagi Dun N.12,  N.13 dan N.14. Selesai tugas di sana sehingga pukul 1 pagi. Dah rupa panda haaa mata Nani.... Letih tapi dapat pengalaman yang supervb best..!!!


Tagging Ketua Tempat Mengundi



đź’—Peti Undi Pakai Baju Kuning









3. MARI MENGUNDI.....!!!!

     Bagi adik-adik yang tidak layak untuk mengundi tu ini adalah tatacara bagi proses pengundian berlaku dan apa yang perlu dilakukan dan bagaimana cara untuk mengundi. 





Hope entri kali ni memberi info dan manfaat yang selayaknya untuk awak semua ya...sehingga jumpa ke next entri pulak... Stay Tune..!!



No comments:

Post a Comment

BELAJAQ BAHASA KEDAH KAIH....!!!!

đź’“ASSALAMUALAIKUMđź’“ Bahasa Kedah juga mempunyai beberapa cara sebutan yang unik. Contohnya huruf R yang di awal atau di ten...