Tuesday, June 5, 2018

MEE GORENG BASAH PEWITT...



ASSALAMUALAIKUM



Huduh Mak Aih Kuali Kak Mok Oiii


Mee Goreng Basah
Oleh: Kak Mok

Bahan bahan:
1 pek kecil mee kuning
5 ulas bawang putih - ditumbuk
6 biji cili padi - ditumbuk
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 sudu kicap manis
2 sudu kicap pekat
1 sudu kicap cair
1 sudu sos ikan

1 ikat sayur sawi - dipotong kasar
Segenggam taugeh - dicuci bersih
Udang dan sotong (seafood apa nak letak boleh)
1 biji limau nipis - perah
Tomato - dibelah enam
Daun bawang - tabur

Cara cara:

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili padi yang ditumbuk sehingga kekuningan dan garing.

Setelah cili garing, masukkan semua bahan sos, kicap dan sedikit air. Masak sehingga mendidih dan terbit minyak. Sementara ianya mendidih, ketika ini bolehlah kita memotong sayuran atau apa sahaja. Masukkan air lebih kurang 1/2 mug tapi dimasukkan sedikit sedikit supaya tidak terlembik pulak mee.

Masukkan udang dan sotong serta batang sawi. Kacau rata. Kemudian masukkan mee dan daun sawi dan taugeh. Kacau rata dan setelah secukup rasa, bolehlah ditutup api. Kak Mok suka mee yang sedikit basah belengas seperti dalam gambar, bukan basah berair macam mee hailam, jadi ketika ini Kak Mok akan letak sedikit lagi sos dengan sedikit air supaya ianya melekat pada mee.

Sebelum dihidangkan, bolehlah tabur cili merah hiris dan daun bawang serta bawang goreng. Jika suka, perahkan air asam limau nipis.

Nota:
Kadang-kadang, kak mok akan tuang kicap ke atas mee kuning dan gaul rata sebelum dimasukkan dalam kuali. Ikut mood lah. Kicap akan lebih menyerap pada mee dan lebih cepat bergaul sebati semasa digoreng.

No comments:

Post a Comment

BELAJAQ BAHASA KEDAH KAIH....!!!!

đź’“ASSALAMUALAIKUMđź’“ Bahasa Kedah juga mempunyai beberapa cara sebutan yang unik. Contohnya huruf R yang di awal atau di ten...