đź’“ASSALAMUALAIKUMđź’“
....SEKADAR RENUNGAN BERSAMA....
Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat
orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan
kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara
kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik
untuk isteri keempatnya itu.
Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia
sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan
isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang
kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.
Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat
menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian.
Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta
pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu
menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.
Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah
pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga
ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan
tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini
begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.
Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari
mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua
kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat
orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan
jika aku harus hidup sendiri."
Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai
bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan
kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau
mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja
tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa
berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau
yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.
Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri
ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan
berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri
ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi
jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya
itu.
Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu
berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku.
Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan
mendampingiku? " Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku tak
mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja.
Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."
Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini
berasa putus asa.
Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal
denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku
akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan
mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak
begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si
pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada
saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."
Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam
hidup ini;
ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan
belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah,
semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada
keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.
ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat
kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan
melupakan kita yang pernah memilikinya.
ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa
pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita
selamanya. Hanya sampai kuburla
mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan
peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk
terus setia dan h mereka akan menemani kita.
DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita.
Mungkin kita seringmendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu
menolong kita diakhirat kelak.
Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan
bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!
No comments:
Post a Comment