Monday, June 18, 2018

ISTERI SOLEHAH PERHIASAN DUNIA SUAMI

đź’“ASSALAMUALAIKUMđź’“








ISTERI solehah seumpama 'permata' kepada mana-mana lelaki yang bergelar suami. Sangat bernilai dan mahal harganya. Tak keterlaluan dikatakan lebih mahal dari segala perhiasan yang ada di dunia ini. Kerana dengan isteri solehah seseorang suami itu seumpama memiliki segala2nya. Sama ada urusan keduniaan dan urusan agamanya.
Pada dasarnya kewajipan isteri solehah itu ialah :

1. Patuh dan taat kepada suami yang SOLEH.

Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh. Isteri yang solehah itu di samping patuh kepada perintah Allah dan Rasulullah SAW, dia juga patuh terhadap suaminya dan menyimpan segala rahsia baik di luar rumah mahupun di dalam rumah. Ia selalu tersenyum dan menunjukkan muka manis terhadap suaminya. Tabiatnya yang baik itu akan menambah kasih sayang suaminya terhadap dirinya. Diaa tidak pernah membantah kata-kata suaminya yag baik, semuanya dikerjakan dengan patuh kerana Allah Taala. Isteri yang baik apabila berkata dengan suaminya dengan suara yang lemah lembut dan penuh kesopanan. Begitu pula tidak boleh memerintah kepada suami, kecuali diucapkan dengan suatu yang baik sebagai suatu 'pertolongan'. Walau bagaimanapun ketaatan isteri terhadap suami tidak dalam semua perkara. Sekiranya perintah suami boleh membawa dosa maka isteri dibenarkan membantah.

2. Menguruskan rumahtangga.

Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk di rumah bukan bererti hanya berdiam diri sahaja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri.Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Disamping itu isteri dapat melakukan pekerjaan rumah seperti menghias rumah dan sebagainya. Walaupun ianya nampak remeh tetapi amat bermanfaat untuk menjamin keharmonian keluarga.

3. Berhias untuk suami.

Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih, kadangkala rambutnya pun tidak terurus. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri2 serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga segala keletihan tadi menjadi hilang dan bertambah kasih sayangnya terhadap isteri.

4. Melayani suami.

Hubungan intim suami isteri merupakan penawar kebahagiaan rumahtangga. Ia dipandang sebagai punca keharmonian rumahtangga. Oleh sebab itu isteri hendaklah memberikan layanan yang baik kepada suami dan tidak boleh menolak kemahuan suaminya .Seorang isteri akan dikutuk oleh malaikat apabila ia menolak kemahuan suaminya sehinggalah suaminya reda kepadanya. Mungkin dalam keadaan tertentu isteri boleh menolak kemahuan suaminya seperti dalam keadaan sakit, atau dalam keadaan yang dilarang oleh syara’ untuk melakukan persetubuhan seperti dalam keadaan haid dan sebagainya.

5. Berpakaian menurut ajaran Islam.

Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, ramai wanita pada zaman sekarang ini yang berpakaian tetapi telanjang kerana ia menutup bahagian tertentu sahaja, kalau menutup semua pun tetapi bentuk badannya tetap nampak jelas.


6. Memberi motivasi terhadap cita-cita suami.



Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Itulah hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagai 'teman hidup'.Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya. Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama.

No comments:

Post a Comment

BELAJAQ BAHASA KEDAH KAIH....!!!!

đź’“ASSALAMUALAIKUMđź’“ Bahasa Kedah juga mempunyai beberapa cara sebutan yang unik. Contohnya huruf R yang di awal atau di ten...